sehati sejiwa

Tuesday 20 March 2012

Hanya kerana 'naWWara' Bab 7




                                                            Bab 7



Lagu 'Doakan ku untukmu Sayang' berkumandang di siaran radio Hot Fm. Radio kesukaan ramai. Almaklumlah, terhangat dari biasalah katakan. DJ radio yang amat dikenali ramai gitu. Cewah! Sape yang tak kenal Fara Fauzana a.k.a Fafau and also Faizal Ismail a.k.a FBI. DJ yang amat dikenali ramai tu! Mereka berdua adalah DJ yang paling best. Hot and Spicy gitu! Cewah!
            Wara turut menyanyi kecil mengikut rentak irama lagu tersebut. Lagu Doaku Untukmu Sayang adalah lagu yang disukainya. Irama yang sederhana, tak rancak mana pun. Slow je. Lagu ni pun dia pernah dedikasikan untuk seseorang. Baginya, lagu ni ada sentimental yang tersendiri. Sebab setiap bait-bait lagu tersebut mempunyai maksud yang amat mendalam. Tengok tajuk pun da tahu; Doaku Untukmu Sayang, kan,kan,kan.Hohoho!
kau mau aku apa, pasti kan ku beri.
kau minta apa, akan ku turuti.
walau harus aku terlelap dan letih.
ini demi kamu sayang.
aku tak akan berhenti.
menemani dan menyayangimu.
hingga matahari tak terbit lagi.
bahkan bila aku mati.
ku kan berdoa pada Ilahi.
tuk satukan kami di surga nanti.
tahukah kamu apa yang ku pinta.
di setiap doa sepanjang hariku.
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia.
Tuhan aku sayang dia.
Tuhan tolong aku, juga jaga dia.
Tuhan ku pun sayang dia.         
            "Tuhan tolong aku, tolong jaga dia. Tuhan aku sayang dia." keluh Wara diakhir katanya itu.  Hati kecilnya itu sayu bila mendengarkan setiap bait kata lagu itu.
            "Hmm,, apalah nasib aku nikan. Agaknya memang tak akan menemui bahagia sampai ke   akhir hidup aku kott.. Hmm,, nasib badan akulah ni.... "keluh Wara lagi. Dia berasa cukup menyesal dengan kisah yang sudah berlalu. Seribu kekesalan wujud di dalam dirinya.
            "Wara,, apa yang di keluhkan tu? Da solat maghrib belum ni? Da pukul bape da ni. Karang terlepas waktu." soal mak yang tiba-tiba muncul.
            "Fuhh, semangat. Mak ni. Kalau ye pun bagilah salam. Terkejut orang tau. Da solat da tadi,mak. Dengar je azan tadi terus solat. Ni baru je lepas sudah. Tu yang lepak jap dengar radio ni. Adik mana, mak?"soal Wara ingin menutup rasa terkejutnya.
            "Ceh, terkejutlah sangatt. Berangan, memanglah terkejut. Da buat solat hajat belum ni? Lagi bape minggu result kau nak keluarkan. Buat selalu solat hajat tu. Minta pada Allah keputusan yang cemerlang. Adik kau pergi kelas pianolah. Kan hari ni hari rabu. Kau lupa ke. Haish, muda-muda da nyanyok."
            "Da , mak. Semua wara doa. Minta keputusan yang cemerlang, mintak dapat maktab sambil-sambil tu selitlah jugak pasal jodoh. Hehehe."sengih lebar Wara berikan.
            Uit, muda lagi kau ni Wara. Takkan dah minta jodoh kott. Aneh ni. Dah teringin sangat ke nak ada suami. Masak pun tak panadai lagi, ada hati nak bersuami aku ni. Hahaha.
            "Kau tu bukannya ape, kena ingatkan baru nak buat. Ceh, menyempat pulak kau selit-selitkan eak. Dah gatal sangat ke nak kawin? Dah ada calonnya ke? Ingat syarat-syarat yang mak dha bagitahu untuk bakal-bakal menantu mak tu. Jangan kau ketepikan sudahlah ye. " bebel mak.
            Adush! Ni yang payah ni. Kalau mak da start membebel, sampai ke lusalah tak habis. Mak,mak. Nasiblah mak cantik. Heheheh. Oppss,, lupa nak kenalkan. Nilah Puan Norrela, mak kesayangan Wara. Anak jati Batu Pahat. Memang asli betul-betul. Tak ada campuran darah jawa, banjar or watever yang ada kat sini. Tulen! Hohoho. Tapi lain cerita pulak dengan kisah abah.       Abah asal dari Muar,Johor. Ada darah keturunan Jawa. Kalau tak silaplah. Asli campur jawa jadilah Wara and adik-beradik yang lain. Cantik-cantik semuanya and hensem-hensem tau. Hehehe! Bangga kejap.
            Ikutkan kata mak cik Wara belah abah, family belah abah tu masih ada lagi sedara sepupu sepapat di Indonesia. Betul ke tidak tu, enggak tahu sihh. Ikut ceritalah. atuk pun ada cakap macam tu. Cuma sedara yang da jauhlah. Wahh! Ada sedara kat Indon tu. But, we all semuanya muka melayulah. Ada yang macam cina ( tu kakak Wara.). Entah macam mana boleh tersesat jadi muka cina entah. Terkenan masa mak mengandung kott. Heheh!
            "Eh, mak ni. Mana ada. Calon-calonnya tak jumpa lagilah mak. Mak doa-doalah ea. Kot-kot dapat kawin dengan anak raja ke. Bertuah gitu! Heheh."gurau Wara.
            "Banyaklah kau punya anak raja. Raja apa? Raja Gopal? Haish, macam-macamlah kau ni wara. Ada je modalnya tu. Macam mana kerja kat Tadika tu? Ok tak? Ada buat hal kat sana?"tanya mak. Almaklumlah, anak dia yang ketiga ni jelah yang keluar bekerja selepas habis SPM. Tak macam anak-anak dia yang lain tu. Semuanya duduk rumah je. Alim gitu. Aku ni kurang alim sikitlah. Hohoho!
            "Hehehe. A'ah kott. Anak Raja Gopal. Ok je mak. Semua ok. Cikgu-cikgu sana pun ok. Cuma tak ada kawan sebayalah. Rasa segan sikit. Tapi suka, sebab saham tinggi tu. Paling muda. Wara kan anak mak yang paling berdedikasi. Mana ada buat apa-apa masalah. Well you know me."ujar Wara.
            "Yelah tu. Kau ni bukan boleh caya sangat. Lain yang orang suruh buat lain kang yang kau buat. Saham tinggilah sangat. Ingat umur tu baru nak masuk 18 taon. Jangan nak gatal-gatal. Kakak-kakak kau tu tak kawin lagi." bebel mak lagi.
            "Ye mak ku sayang. Anak mu yang cantik molek ini ingatlah. Wara tunggu kakak and kak Jia tu kawin dulu. Baru Wara kawin. Lagipun orang tak fikir lagilah mak. Nak belajar dulu. Umur pun baru nak masuk 18 tau."
            "Haa.. tahu tak pe. Habiskan belajar tu. Dapatkan Master ke PhD ke, ok jugak. Jangan dapatkan 'Perasaan Hasad Dengki pulak'. Ingat tu."pesan mak.
            "Yelah mak. Wara akan ingat. Doakan jelah ye. Ada rezeki tu adalah."
            "Mak memang sentiasa doakan untu anak-anak mak ni. Eh, Mak su kau cakap owner tadika tu ada anak bujang. Ye ke?"
            "A'ah. Kenapa mak? Nak buat menantu ke? Untuk sape? Kakak ke? Ish, mak. Jangan buat hal. Kakak tu da ada buah hati jiwa raga tu. Kang tak pasal-pasal kang ada yang bawa hati yang lara. Lebih teruk terjun katil kang."ujar Wara pula.
            "Eh, kau ni. Mak tahulah kakak kau tu dah ada buah hati. Saja je mak tanya. Kott-kottlah untuk kau ke. Kan kau masih tercari-carikan. Baik budaknya?"
            "Ceh, mak ni. Tak hinginlah wara. Kerja nak cari salah orang je mamat tu. Eeeiii,, Tak moh! Tak moh! Cheq tak rela you.... Baiklah sangat. Dahlah suka marah-marah Wara. Harap je muka hensem, tapi hancus!" ujar Wara dengan geram.
            Mak,,, kalau ye pun nak cari menantu tengok-tengoklah orangnya. Ni tak Encik hensem tu jugak yang nak dikenenkan dengan aku. Haish! Selisih 44 malaikat mak. Tak mahu! Tak mahu! Walaupun muka dia hensem mak, tak semestinya menjamin kebahagian anak mak ni. Ish, ish, ish.....
            "Hensem ke? Muda lagikan budaknya. Eleyh, sekarang cakaplah tak hingin, tak hingin. Empat lima tahun nanti lain pulak cakapnya. Hingin! Hingin! Hingin! Kan, Warakan" ujar mak dengan senyum yang lebar.
            Erk! Lain macam je mak ni. Mak,,,, jangan simpan angan-anagan seperti itu,mak. I tak rela you! Mak,, janganlah buat lawak yang sememangnya tak lawak time - time maghrib macam ni. Kang ada yang mati katak dengar wara jerit ni. Hhhuuuuaaarrrggg!!!!
            "Mak ku sayang intan payung buah hati kekasih hati pujaan abah, selisih 44 malaikatlah mak kalau nak kenen-kenenkan orang dengan mamat tu. Haish! Dia da kawinlah. Tak dapat mak nak menantukan dia tu. Cari orang lain jelah ye kalau betul-betul nak kenen-kenenkan Wara yang cantik mulus ni. Hehehe."
            "Ha?! Biar betul da kawin? Mak su kau kata dia bujang lagi. Ke kau kelentong mak ni, cakap dia da kawin."ujar mak ingin kepastian. Mak terkejut mendengar informasi yang aku berikan tu.
            Aik, Hanum kata anak Kak Mas tu tak kawin lagi. Tapi asal budak bertuah ni kata da kawin ni. Ke budak ni...............
            "Laa,, betullah. Tak tipu. Dia sendiri yang kata masa Wara teman dia keluar dulu. Tapi tak tahulah kalau dia tu yang tipu Wara. Alaaa,, mak ni. Tak payahlah citer pasal dia. Buang tenaga jelah. Rasa nak muntah darah dengar pasal dia tau. Haish!"
            "Eleyh. Yelah tu. Nanti kau selidik-selidiklah ea. Mana tahu ada chance ke."kata mak.
            Mak.... I tak rela nak bersuamikan Encik hensem tu!!! Tak rela! Tak rela! Buanglah angan-anganmu itu, wahai mak tercintaku.
            "Mak!! Wara muda lagilah. Tak nak kawin-kawin lagi. Eeeiii... Mak nak sangat Encik hensem tu, mak jelah yang kawin dengan dia. Tak pun suruh je sape-sape anak mak tu."gumam Wara dengan geram. Geramnya!! Asyik nak kaitkan aku dengan Ariff tu je. Kat tadika macam tu, kat rumah pun macam tu. Haish! Minta simpanglah, der... Gggrrr!
            "Aik,, untuk empat lima tahun lagilah. Bukan sekarang. Buang tebiat apa nak mak kawin dengan dia tu. Abah kau nak letak kat mana. Eh, budak bertuah ni. Aku sepuk dengan senduk jugak kang."
            "Hehe. Abah mak letak dalam hatilah."kata Wara dengan wajah yang ayu.
            "Suka suki jiwa bahasa jiwa bangsa je. Dahlah, mak nak ke dapur. Nak masak. Nanti jangan lupa turun makan. Jangan dikenang peristiwa yang lalu. Ingat yang dah ada depan mata je. Jangan dilepaskan. Hahaha" kata mak sambil ketawa.
            Erk! Ingat yang ada depan mata? Sape pulak mak ni. Macam-macam jelah mak ni tau. Saja jelah tu nak gurau- gurau manja dengan aku. Haish, nasib mak aku. Kalau tak da lama kena soal bagai polis pencen ni.
            "Err,, sape eak mak? Tak dapat nak pick up ni."soal ku dengan wajah yang polos.
            "Ceh, buat-buat tak kenal pulak. Encik hensem yang kau kata tu lah. Bertuah anak mak kan dapat kekasih hati hensem, berkerjaya lagi tu."
            "Mak.............. Eeiiii... Tak sukalah. Dah-dah, kang tak masak mak nanti. Kebulur orang dalam rumah ni mak."
            "Tak apa. Maggie banyak kat bawah. Lapar boleh masak maggie je. 3 minit da siap."kata mak.
            "Aik, mak ni. Sejak bila pulak jadi tauke Maggie ni. Kekonfiusan ni. Dulu tak bagi kitorang melantak Maggie. Sekarang ni menggalakkan eak. Terbaik!"
            "Mak memang terbaik. Baru tahu ke? Hahaha. Dahlah. Mak turun dulu. Nanti turun makan tau. Jangan tak makan pulak. Kau tu dahlah kecik je. Entah bilalah nak membesar."
            " Masuk lif tekan sendiri nampak,mak. Haa, yela. Nanti Wara turun. Kitorang kecik ikut baka mak abahlah ni. Kecik memanjang je. Nanti da kawin baru membesar. Hehehe."
            Mak berlalu keluar dari bilik Wara. Time untuk memasak! Fuhh,, lega rasanya. Senak dah perut Wara asyik kisah dongeng Encik hensem je yang dia wajib tadah telinganya untuk didengari. Haiyaa... Apalah malang sangat nasib aku ni. Harap-harap tak jadilah angan-angan mak tu. Amin!

Di ruang tamu, abah leka membaca surat khabar Metro. Tak sempat nak baca petang tadi, malamlah baru sempat nak membelek-belek. Almaklumlah busy dengan kerjalah katakan. Kalau tak tak adanya ekonomi keluarga ni akan stabil macam ni kalau tak kerja keras abah dengan mak selama ni. Bersyukur sangat-sangat dapat di lahirkan dalam keluarga yang sederhana ini. Walaupun ada yang kata family ni kaya, masing-masing hanya tersenyum saja bila mendengar. Kaya ke? Sederhana jelah. Kalau kaya dah beli da rumah besar-besar tau. Hehehe.
            Abah seorang yang tegas. Cikgulah katakan. Anak-anak pun disuruhnya jadi cikgu. Termasuklah aku ni. Nasib badanlah weyh! Tapi alhamdulilah aku minat jugak jadi cikgu ni. Sebab kalau tak adanya seorang pendidik macam cikgu ni, Tak akan lahirlah seorang insan yang bergelar Perdana Menteri, doktor, peguam, arkitek and yang sewaktu dengannya. Besar tau pengorbanan seorang guru ni. Tapi tulah, budak-budak zaman sekarang. Tak pernah nak menghargai langsung usaha cikgu-cikgu ni. Makin dicaci maki adalah. Haish!
            "Emaknya, dah siap ke masak?"soal abah bila melihat kelibat mak di tangga rumah. Mak hanya tersenyum mendengar pertanyaan suami tercintanya itu.
            "Belum lagi abahnya. Tadi naik atas kejap tengok anak kita tu da solat ke belum."
            "Oh. Haa,, apa cerita Wara kat tempat kerja dia tu? Ok tidak dia dekat sana. Ada dia timbulkan apa-apa masalah ke?"
            "Dia kata semuanya ok. Tak ada apa-apa masalah. Cuma dia segan jelah sebab paling muda kat situ. Yelah dia tu baru lepas Spmkan. Yang lain tu dah memang-memang ada pengalaman nak jadi cikgu tadika tu. Anak kita tu manalah ada apa-apa pengalaman lagi. Setakat pengalaman mengajar Marzuki tu adalah."
            "Alaa... Lama-lama tu ok lah tu. Anak awak tu kan cepat tangkap. Lagi-lagilah dia ikut perangai awak yang kaki peramah tu. Tak akan jadi masalah punya buat dia. Dengan muka seposen dia tu, mesti dia akan minta tunjuk ajar dekat cikgu-cikgu sana."ujar abah.
            "Hmm.. yelah abahnya. Harap-harap macam tulah. Minta-minta sangatlah dia boleh dapat pengalaman kat sana tu. Kalau tak, asyik terperap jelah dalam bilik tu kalau tak kerja."
            "Tahu tak apa. Ni bila nak masaknya? Dah pukul berapa dah ni. Karang malam sangat makannya."
            "Hehe. Apa kata malam ni abang yang masak. Boleh? Dah lama tak rasa abang masak."kata mak. Sengaja ingin menyuruh abah masuk ke dapur.
            "Mimpi apa nak suruh saya masak? Dari awak suruh saya masak, baik awak suruh Wara tu masak. Lagi bagus."dalih abah.
            "Alaaa,,, abang ni memanglah. Dah lah, kalau suruh Wara yang masak berzaman nak tunggu. Dahlah saya ke dapur dulu nak masak. Abang nak saya masak apa malam ni?"
            "Haa,, tahu pun. Masak sedap-sedap tau. Masak asam pedaslah. Dah lama awak tak masak lauk tu. "
            "Ceh, macam selama ni kita masak tak sedap je. Erm,, yelah. Saya masakkan lauk tu."ujar mak lalu berlalu ke dapur. Abah kembali menatap keratan akhbar yang dibacanya itu.

Bosannya! Nak buat apa eak? Online kejaplah. Kott-kott ada yang chat ke nanti. Bolehlah hilang bosan ni. Wara mula menapak ke arah meja study. Dia mula menghidupkan komputer riba yang baru di belikan oleh abahnya. Warna biru lagi tu. Wah! Memang sukalah dia bila dapat. Lagi-lagi dapat warna kesukaannya tu. Lagilah bertambah-tambah sayangnya dia pada komputer ribanya tu.
            Laman sesawang muka buku a.k.a Facebook mula dilayarinya. Lama dah tak buka muka buku ni. Rindu weyh dengan kengkawan dalam ni! Hehehe.
            Banyak notification dan friends request yang diterimanya. Satu-satu di lihatnya. Wahh!! Ramai jugak yang rindu kat aku ni. Hehehe. Friends request yang dihantar dilihatnya. Hampir ke semuanya dari kenalan sekolah rendahnya. Accept wara jangan tak accept!
            Muhammad Alfa Ariff ?? Erk, macam kenal je nama ni. Tapi di mana ye? Familiar gila nama ni. Cop,cop,cop... Ni bukan ke nama..................... OMG! Nak accept ke tak eak? Nak, tak nak, nak, tak nak.... Gggrrrr! Accept jelah. Butang accept ditekannya.
            Selang beberapa minit selepas itu, dia mendapat satu message dari kenalan rakannya di Fb. Butang read di tekan. Message yang dihantar terpapar di hadapan matanya. Wara terpaku melihat gerangan yang menghantarnya.
            Muhammad Alfa Ariff!!!! OMG!
Salam,, Thanks for app me, cik adik.:) Ingatkan tak nak app. Tengah buat apa tu? Da makan?
            Aduh! Nak balas tak nak eak. Kalau balas kang, dia ni fikir aku apa pulak kang. Tapi kalau tak balas kang dia fikir aku sombong. Payah,payah. Wara hanya membiarkan saja message chat dari lelaki itu.
            Lima minit berlalu masih tiada balasan dari gadis itu. Ariff mula gelisah. Tidak senang duduk di buatnya. Aik, takkan minah ni marah aku kott. Sampai hati you, cik adik buat Encik hensem tertunggu-tunggu macam ni. Sampai hati you! Merajuklah macam ni. Tapi kalau aku merajuk bajet minah ni nak pujuk je kan. Haish! Tak pe,tak pe. Sabarlah wahai hati. Ariff mula menaip kata-kata seterusnya untuk dihantar kepada si gadis itu.
Kenapa tak balas? Cik adik busy ke? Ganggu?
            Aduh, mamat ni.. Tak payahlah bagi chat lagi. Pergilah chat orang lain. Ni tak, aku jugak yang kau nak menyibuk-nyibukkan diri. Haish!
             Dengan hati yang berat Wara membalas chat yang dihantar oleh Ariff.
W'alaikummmusalam. Tengah buat pandai. A'ah, busy.
            Yahoooo!! Dia balas. Yes! Yes!Yes! Terloncat-loncat Ariff di buatnya. Happy sangat-sangat bila chat yang di hantarnya itu di balas. Alhamdulilah, balas juga kau akhirnya ye. Kalau tak memang aku merajuk dengan kau tau. Heheheh! Dengan cepat Ariff balas. Dia tidak mahu si gadisnya itu menunggu lama balasa darinya.
Oh, yeke. Boleh ganggu tak ni?
      Laa.. balas lagi. Haish, mamat ni. Secepat mungkin dia balas.
Tak boleh! Pergi main jauh-jauhlah. Ganggu orang lain sana.
Alaa.. Bolehlah cik adik. Encik hensem tak ada kawanlah nak main jauh-jauh.
            E'eh.. Ingat aku kisahlah kau tak ada kawan, encik hensem ooii... Wara tersenyum kecil membaca balasan dari lelaki itu. Macam keanak-anakkan saja gayanya. Manja!
Watever!:p Pergi main jauh-jauh sana.
Encik hensem nak kawan dengan cik adiklah. Boleh x? Kita jadi kawan. eah3.
Tak HINGIN!
Alaa.. Hingin2kanlah. Eah3;)
Tak nak jugak.:p
tak nak xpelah..:(
      Ariff termangu sendirian.
            Laa... merajuk pulak mamat ni. Hahaha. Dah tua-tua pun nak merajuk eak. Ngada-ngada jelah dia ni. Lantas Wara membalas.
Ceh, merajuk nampak. Apalah dia ni. Dah tua-tua pun nak merajuk jugak ke? Janganlah merajuk-rajuk ea. Nanti dah tak hensem da.. Kang dapat title Encik comot, nak? ;)
            Ariff tersenyum bila membaca balasan chat tersebut. Hatinya gembira. Berbunga-bunga gitu. Cewah! Ngada-ngada je lebih ni. Hehehe.
            'Awak nak panggil kita Encik comot pun kita tak kisah. Asalkan awak ada dekat dengan kita. Boleh tak awak?' bisik hati kecilnya.
Hehehe. Tak naklah panggil macam tu. Nak Encik hensem jugak.:D
Eeiii.. ngade2 je dia ni tau. Oklah. Nak out. Mak da panggil makan. Bubye. Salam.
Ngade2 ngn awak je cik adik.;) oh. yke. oklah kalau macam tu. Kirim salam pada mak eah:D W'slm..
insya-Allah..
            Wara terus sign out dari laman sesawang muka buku. Time untuk makan! Yes. Yes. Makan, makan. Yummy... Hehehe. Dia berlari-lari anak turun ke bawah. Tak sabar untuk mengadap masakan mak. Perut dah bernyanyi-nyanyi kecil tanda kelaparan. Dengan lantas dia mengambil tempat bersebelahan mak tercintanya itu. Doa dibaca. Diketuai oleh Munir, lelaki sulung di dalam keluargaku ini. Dengan lafaz bismillah, masing-masing mula menyuapkan makanan. Makanan dijamu dengan penuh berselera. Syukur alhamdulilah ya Allah!

Sunday 18 March 2012

Hanya kerana 'naWWara' Bab 6


 Bab 6




"Assalamualaikum, mak su.... oh mak su...." panggilku di hadapan pagar rumahnya. Mak su aku ni seorang suri rumah tangga. Dua puluh empat jam setiap hari dia ada kat rumah. Tak akan menghilang ke mana-mana pun. Kalau tak ada dekat rumah, dia akn keluar pergi amek anak-anak dia kat sekolah. Anak-anak dia semuanya comel-comel macam aunty dia ni. Comel + ayu = manis je tau. Hehehe! Masuk lif tekan sendiri nampak.
"Assalamualaikum, mak su sayang intan payung, buah hati......"
"Pengarang jantung pisang,hempedu,hati...."sahut satu suara di belakangku.
"Hehe,, mak su ni. Buat orang terperanjat jelah. Kalau ye pun bagilah salam ke, baca doa makn ke, doa tidur ke,, tak adalah Wara terkejut tau. Mak su dari mana ni? Banyak barang ni. Shopping sakan nampak. Tak ajak pun,kan." ujarku. Mak su aku ni memang macam tu. Datangnya tu dengan cara sergah. Tak pun macam tadi tulah, main  sambung-sambung je apa yang orang cakap. Act, ayat tu da selalu aku guna kalau pergi rumah mak su ni. Tu yang mak su da boleh hafal. Hehehe!
"Tak payah nak peranjat sangatlah, cik kak. Mak su dari pasar raya depan tu,haa.. Beli barang dapur sikit. Ni yang kamu terconggok depan pintu pagar ni kenapa? Dah tak geti-geti nak bukak pintu pagar ke? Macamlah tak biasa main serbu rumah mak su ni."perli Mak su.
"Hehehe, biasa tu memanglah biasa mak su. Tapi hari ni macam terlebih luar biasa pulak rasanya. Mehlah, Wara tolong mak su anggkat barang- barang ni semua."kataku sambil mengambil alih tugas-tugas menganggkut barang ke dalam rumah teres dua tingkat itu.
Rumah mak su simple, tapi menarik. Dengan kombinasi warna yang menarik setiap sudut, memang KAW!KAW! siapa yang tengok. Tapi mak su tak suka rekaan kayu. Macam rumah aku tu. Hampir semuanya di hiasi dengan set jati. Dari mula masuk sampailah ke dapur. Full furnish from wood gitu.. hohoho! Siapa lagi kalau bukan hasil gabungan idea dari bonda dan ayahanda tercinta. 
       Bonda minat rekaan kayu jati, ayahanda pulak tukang menghias jelah and kami adik beradik akn jadi pembuat keputusan dalam aspek kedudukan sesuatu barang itu. Most of them from my dad,mom and me lah.. Almaklumlah, minat senilah katakan. So, dari rumahlah kita kena belajar sikit-sikit. Manalah tahu, suatu hari nanti jadi terkenal macam Eric tu. Aminn! Heheheh.. Besar sungguh angan-angan kau itu ye, Wara. Angan-angan mat jenin betul.
"Haa,, hari ni kamu tak kerja dekat tadika tu ke? Macam mana kerja kat sana? Okeyh x? Ada apa-apa masalah?" tanya Mak su yang baru tiba dari dapur sambil menatang dulang yang berisi air tembikai. Wahh!! my feberet tu. Cayalah mak su. Ni yang makin sayang ni. Hehehe.
"Erm,, ok je, mak su. Tak ada apa-apa masalah pun. Kerja enjoy. A'ah. Hari nikan hari Sabtu. Ada pulak tadika yang bukak waktu hari Sabtu macam ni. Lagipunkan Wara ada kelas muzik setiap hari Sabtu ni. Mak su ni, muda-muda lagi da lupa. Haish! nampak benor tua makin hampir. Hehehehe."
"Banyaklah kamu punya muda. Mak su ni anak da tiga orang. Mana ada muda da. Oh... A'ah. Lupa pulak Mak su yang kamu ada kelas muzik dekat area sini. Patutlah batang hidung kamu tu da terconggok depan pagar tu ea. rindu mak su eaa.." kata mak su dengn gelak kecil. Ececeh, kita ke mak su yang rindu-rinduan ni. Hehehe. Mak su ni, Nak manja-manja jugak dengan aku. Manjalah sangat. Hohoho!
"Eleyh,, mak su sebenarnya yang rindu kat Warakan. Yelah, sehari tak menatap wajah ayu nan suci ni tak keruan rasanya. Kan Mak su, kan. Hahaha" kataku dengan gelak ketawa yang tak dapat di tahan. Ceh, ayat kau Wara, tak boleh blah gitu. 
"Ceh, konon. Apa-apalah kamu ni,Wara. Ada je nak mengenakan mak su. Kalau tak kenakan mak su dalam sehari memang tak sahkan. Itulah kamu. Sejak kecil sampai ke besar macam ni, itu jelah modalnyakan. Nasib cantik. Laku lagilah. Buatnya tak cantik, laku ke eak? Hahahha..."
"Erk! mak su. ada pulak cakap macam tu. Tak baik je. Marajuk kang. Haa,, penat mak su nak pujuk nanti."
"Hahaha,,, Wara merajuk? Wooo,, tidak kusangka jadi begini... merajuk sudah Wara padaku..."ujar Mak su sambil menyanyi lagu kesukaannya itu. Hampeh jelah mak su ni. Suka suki jiwa dia je ubah lirik. Merosakkan lagu jelah mak su ni.
"Haish, mak su ni... Tak abis-abis lagu tu yang di serunya. Lagu lain tak ada ke, mak su?"gumam ku.
"Nak lagu lain,nyanyi sendiri. Kamu tukan kembar Yuna. Haa,, nyanyilah lagu Yuna tu. Lagu yang hot and spicy dia tu. Apa lagu tu, Sampai ke bulan? Sampai ke bintang? Haa,, nyanyilah lagu tu.. Gerenti hujn jap lagi. Hahahah"
"Mak su ni.... Tak nak lah kawan macam ni."kataku. muncung di tarik ke depan tanda merajuk dengan mak su. Heheheh! Merujuk manja-manja gitu.
"Terukir di bintanglah, Mak su."
"Haa,, see.. you know everything about her."
"Mana ada Wara tahu semuanya pasal dia. Wara just tahu lagu-lagu dia jelah mak su ni.."ujarku menafikan kata-kata itu. 
Ada ke patut kata aku ni tahu semua pasal Kak Yuna tu.. Haish! Just minat gitu-gitu je kott. Tak adalah fanatik sangat. Minat Kak Yuna tu pun pasal lagu-lagu dia yang best. Tu je. Tak adalah sampai aku nak amik tahu semua pasal dia. Apa-apa jelah Mak su ni. Tahulah dia tu peminat nombor satu Yuna! Grrr.....
"Hahahah.. yela... Yuna klon"
"Mak su......!!! Eeee.. geramnya dengan mak su ni. Ada je modal nak sakat orang."
"Tengok kakilah. Mak su sape?"
"Mak su Waralah. Sape lagi.."kataku dengn senyum lebar di bibir. Aku menatap segenap wajah itu. Wajah yang banyak mendengar keluh kesah diriku. Wajah insan yang banyak memberi sokongan dalam apa jua yang aku buat selain dari bonda and ayahanda tercintaku itu.
        "Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu. Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu. Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba. Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia Sambung Wara, sambung. Jangan tak sambung."suara lunak Mak su kedengaran.
        "Hati ini bukan milik ku lagi. Seribu tahun pun akan ku nanti. Kan… kamu…Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku. Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu."sambungku pula. Nyanyian yang dibuat dengan penuh aksi oleh kami berdua.
        Lagu terukir di bintang itu adalah lagu yang kian popular sekarang ini. Suara Mak su memang sedap. Tapi tulah, Mak su tak teringin pun nak jadi penyanyi. Dia lebih suka jadi suri rumah dari penyanyi. Alasannya, takut tak tertanggung dosa!  
        Gelak ketawa kedengaran di seisi rumah itu. Happy semangkuk! Bila berjumpa mesti akan kecoh jadinya. Well you know me! Hehehehe. 
**********************************************************
"Acik..... Mari turun makan. Mama dah hidang makanan ni."panggil Puan Mastura. 
Selang lima minit berlalu, masih tiada sahutan dari anaknya. Puan Mastura mula geram dengan anaknya itu. Panggilannya tidak bersahut-sahut. Nak kata pekak, tak pekak! Tiap-tiap minggu telinga tu di koreknya. Hati tuanya mula bersunggut.
"Ish, budak bertuah ni. orrang panggil makan buat tak dengar je. Kerja, kerja, kerja. Tu jelah. Entah bilalah nak hilang perangai 'Hantu kerja' tu. Haish!" gumam puan Mastura di dalam hatinya. 
Dia mula menapak ke anak tangga untuk menuju ke atas. Bilik Ariff ditujunya. Beberapa kali pintu bilik anaknya itu di ketuk, namun tiada balasan daripadanya. 
"Acik.. Mama dah siap masak. Mari turun, kita makan sama-sama." ujarnya sambil menolak pintu bilik itu. 
        Laa... termenung rupanya anak mama ni. Patutlah mama panggil tak dengar-dengar. Acik, acik. Ingatkan siapalah anak aku sorang ni. Haish! Tak pernah-pernah jadi angau macam ni. Lain macam je. Da ade calon terbaru ke? Wahh.. Macam tak lama lagi je aku nak dapat menantu ni. Senyum nakal terukir di bibirnya.
      "Acik....." usapan lembut terasa di bahu kirinya. Acik lantas menoleh. Segaris senyuman terukir di bibir mamanya. Lantas segaris senyuman dia berikan.
     "Ada apa ma? Sampai ke sini mama cari acik ni? Rindu acik ea, ma." soalku dengan ketawa kecil.
     "Tak adanya nak rindu kamu ni...Buang masa mama je. Dari tadi  mama terjerit-jerit kat bawah panggil acik tau. Tapi tak menyahut-nyahut."
    "Err... yeke ma. Sorrylah. Acik tak dengar. Tengah buat kerja sikit tadi. Mama panggil ajak makan ea,ma?"
    "Yela tu. A'ah, mama nak ajak makan. Mama tengok acik khusyuk sangat termenung. Ingatkan sapelah tu."
    "Eh, mana ada,ma. Acik tak termenung punlah. Mama salah tengok tak ni. Entah-entah orang lain tak tu."ujarku menafikannya. 
    Aduh! Kantoi sudah. Tulah asyik sangat tadi. Kan da terkantoi dengan mama. Lepas ni mesti da tak boleh lari lagi dah. Mama ni bukannya boleh caya kalau aku cakap macam tu. Haish! Mampus aku kalau mama tahu ni.
    "Eleyh.  Acik da jumpa calon menantu baru untuk mama ke? Sape orangnya. Mama nak tahu jugak. Kut-kut mama kenal ke."
    "Betul, ma. Tak ada sape-sape pun."
    "Yeke acik? Ke nak selindung dengan mama ni... Baik bagitahu mama. Sape orangnya. Anak sape? Duduk mana?"
    "Betul mama. Acik mana ada kenal dengan mana-mana perempuan pun sekarang ni. 24 jam dekat pejabat tu. Mana sempat,ma. Lainlah kalau mama sendiri yang nak tolong carikan untuk acik. Hehe.."ujarku pula. 
    "Betul ni nak mama carikan. Nanti kang jangan komplen tak berkenanlah, tak minatlah. Macamlah mama tak kenal anak mama yang sorang ni"
   "Hehe.. Taklah mama. Gurau je. Nanti acik cari sendirilah ea."
   "Menunggu kamu mencari sendiri berzaman acik oii.. Tunggu kucing bertanduk agaknya baru ada kamu ni.. Hmm.." keluh Puan Mastura.
   "Hehe... Ok apa,ma. Erm, mama da ade calon ke?"soalku ingin tahu. 
   "Ada!"
   "Ha?! Sape ma? Acik kenal ke? Anak kawan mama yang mana pulak ni?"soalku. Tidak dapat menolak lagi rasa terkejut. Gilalah! Mama da ade calonlah pulak. Aduh! Gawat ni. Gawat! 
   "Adalah. Rahsia buat masa ni."
   "Aik... Dengan acik pun rahsia. Baik betul planning mamakan."
   "Alaa.. Acik tunggu dan lihat jelah. Insya-Allah kalau betul ada jodoh acik dengan pilihan mama tu adelah."
   "Hmm.. Yelah ma. Doakan jelah yang terbaik untuk acik ni."
   "Mama selalu doakan untuk anak-anak mama ni. Tapi mama yakin, acik anak kesayangan mama ni pun tentu suka dekat pilihan mama ni. Dia baik budaknya. Muda. Suka budak-budak. Cantik pun cantik. Kira perfectlah semuanya."ujar Puan Mastura dengan senyum yang lebar. Dia sengaja ingin menduga anaknya itu. Walaupun hati tuanya itu tahu anaknya itu masih susah untuk mencari pengganti. Trauma! Itulah katanya setiap kali berbicara mengenai perkahwinan.
   "Apa-apa jelah,ma. Malaslah nak amek tahu soal ni. Mama panggil makan ea tadi. Jomlah ma, kita turun makan. Acik da lapar ni."ujarnya. Acik menarik lembut tangan mamanya itu sambil menuju ke bawah untuk menjamu makanan yang telah disediakan. Dia tidak sanggup untuk meneruskan perbualan tadi. Jiwanya terseksa! Dia masih tidak bersedia untuk mencari seorang Hawa untuk dirinya. Dia tidak mahu dirinya disakiti lagi. Cukuplah sekali dulu. 
    Puan Mastura hanya mengikuti saja jejak langkah anaknya itu. Sepanjang waktu makan, tiada seorang pun yang bersuara. Ruang makan sunyi dengan hanya ditemani bunyi kipas di siling. Masing-masing diam membisu. Puan Mastura hanya memerhati tingkah anaknya. 
    Acik perasan mamanya asyik memerhatikan pergerakkannya. Dia hanya buat tidak tahu. Mood untuk berbual mesra dengan orang tuanya itu hilang serta-merta. Semuanya hanyalah gara-gara calon menantu untuk mamanya. Dia rimas!
    Dia tahu mamanya ingin sekali melihat dia berumah tangga. Umurnya 23 ketika ini. Muda lagi! Padanya masih awal untuk mencari calon buat mamanya itu. Lagi-lagi setelah dia di tipu 2 tahun yang lalu. Serik bagi dirinya untuk memikirkan soal berumah tangga.
    'Kalau dah sampai seru aku nak kawin nanti, aku kawinlah. Tunggulah mamaku sayang. Anakmu ini masih belum bersedia lagi. Insya-Allah acik akan kawin jugak suatu hari nanti. Tapi bukan sekarang ye, ma. Acik masih tak sedia. Acik takut dikecewakan lagi.' kata-kata itu hanyalah mampu terluah di dalam hatinya saja. 
    Acik terus berlalu ke biliknya sesudah selesai makan. Dia ingin berseorangan. Tidak mahu di kacau. Jiwa tengah kacau ni!

Monday 12 March 2012

Hanya kerana 'naWWara' Bab 5



Bab 5



Hari ini cukup seminggu Wara jadi cikgu sementara di tadika Sehati Sejiwa. Selama seminggu jugaklah dia tak jumpa 'encik hensem' selepas peristiwa itu. Wara bersyukur sangat-sangat sebab tak jumpa dia dah lepas hari tu. Segan,malu,menyampah and semua perasaan lagilah yang membuatkannya tak nak jumpa dan bersemuka dengan mamat tu lagi.
            Hari-hari Wara terasa aman tanpa kehadiran lelaki itu. Selama seminggu dia tidak mendapat gangguan daripadanya. Bahagia sungguh hatinya. Sedang dia leka melayan kerenah kanak-kanak di tadika itu, dia terpandang sesusuk tubuh lelaki yang cukup dia kenali itu. Muhammad Alfa Ariff! Peristiwa seminggu yang lalu kian bermain di fikirannya.
            Puan Mastura memanggilnya untuk berjumpa. Dia ingin tahu apa yang terjadi semasa mereka berdua keluar bersama. Peristiwa Wara keluar bersama-sama Ariff,  dia tidak sempat hendak bertanyakan perkara itu kepada anak kesayangannya itu.
            "Ainaa, macam mana semalam. Ok budak bertuah tu? Ada perkara pelik-pelik yang dia buat kat awak tak? Saya tak sempat nak bertanya pada dia. Dia balik lewat semalam." Wara terdiam. Dia tidak mahu Puan Mastura tahu hal yang terjadi. Hal di mana dia sendiri yang meninggalkan anak kesayangannya itu.
            'Erk! Nak bagitahu perkara sebenar ke? Kang kena banyak soal pulak. Kelentong sudah. Nanti pandai-pandailah anak dia jawab hal yang sebenar-benarnya,kan,'gumam Wara di dalam hatinya.
            "Semalam? Err...Ok je ,Puan. Tak ada benda-benda pelik pun yang Encik Ariff buat semalam. Dia ok je sepanjang masa tu." Ucap Wara sambil tersenyum kelat.
            "Oh, yeke. Baguslah kalau macam tu. Bolehlah awak temankan dia lagi lepas ni. Bolehkan Ainaa?"
            "Erk! Kenapa pulak,Puan? Suruh jelah orang lain. Takkanlah saya ni."tungkas Wara pula. Mak!!! Wara tak nak teman encik hensem lagi! Tak nak! Tak nak!
            "Dengan Wara je yang dia ok. Orang lain semuanya dia akan buat benda pelik-pelik. So, bolehlah Ainaa temankan dia lagi ea lepas ni. Boleh ea?" katanya.
            "Lagipun anak saya tu susah nak kawan dengan perempuan. Nak kata anti dengan perempuan ni tak jugak. Dia jadi macam ni lepas peristiwa dulu. Terus dia berubah seratus peratus. Boleh ye Ainaa. Awak tolong saya. Tak lama pun. Sepanjang awak ada kat sini je. Awak pun di sini sampai dapat panggilan sambung belajarkan,Ainaa. Boleh ea?"ucap Puan Mastura sambil memandang muka gadis itu. Penuh berharap wajah tua itu terhadap gadis tersebut. Hati tuanya yakin,hanya gadis itu sahaja yang mampu menolongnya.
            Wara tersentuh melihat pandangan yang dilemparkan oleh wanita itu. Hati mudanya tidak sanggup untuk mengecewakannya. Dia tunduk. Memikirkan kata-kata yang bakal di lemparkan untuk menolak tawaran wanita itu. Tapi di sudut hati kecilnya, menyuruhnya menerima.
            'Alaa, sekejap je,Wara. Tak lama mana pun. Kau pejam celik,pejam celik da sampai masa. Terima je.' bisik hatinya.
            Wara memandang wajah tua itu. Sambil tersenyum nipis dia mengangguk-anggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan permintaan wanita itu. Puan Mastura gembira dengan persetujuaannya itu.
            "Alhamdulilah. Akhirnya............" ucap Puan Mastura sambil tersenyum lebar.
            Aik, lain macam je Puan Mastura ni punya suka. Macam ada yang tak kena je ni. Ish, tak boleh jadi ni. Mak macam ni, anak macam tu pulak. Memang baguslah tu jadi anak beranak. Dua-dua ada agenda tersendiri. Haish!
            "Akhirnya apa,Puan?"soal Wara inginkan kepastian. Melihat senyuman wanita itu terbit rasa ingin tahu.
            "Tak ada pape,Ainaa. Terima kasih,ye. Terima kasih sangat-sangat."balas Puan Mastura sambil menggengam erat tangan Wara. Wara hanya mampu tersenyum dengan tindak balas itu.

Dayang melihat Ainaa leka memandang ke luar kelas. Dia turut melemparkan pandangannya ke situ.
            'Tak ada pape pun. Apa-apa jela yang dia ni tengok. Entah-entah berangan tak dia ni. Ainaa, Ainaa.'bisik Dayang di dalam hatinya. Lantas dia bergerak ke arah gadis itu.
            "Haa! Berangan nampak" sergah kak Dayang. Wara terkejut apabila disergah dengan tiba-tiba. Dia tersenyum malu.
            "Mana ada berangan. Akak ni. Pandai-pandai jelah. Main serkap jarang je."ujarku.
            "Eleyh. Nak selindung-selindung pulak. Ingat akak tak tahu ke. Kalau tak berangan, apa yang Ainaa asyik sangat tengok kat luar tu? Akak tengok tak ada apa-apa pun kat luar tu. Haaa,,, memang sah-sahlah Ainaa tengah berangankan tadi. Berangankan sape tu,dik? Buah hati ke?"
            "Ish,akak ni. Ainaa mana ada buah hati. Sekolah lagilah,kak. Mak pun  tak bagi ada buah hati ni tau time sekolah. Apalah akak ni."
            "Eh, Ainaa kan da abis sekolah. Da boleh ada buah hatilah. Takkanlah secantik macam ni tak ada buah hati kut. Nak kelentong akaklah tukan." ujar kak Dayang. Wara hanya tersenyum mendengarkannya.
            "Haa.. tu senyun-senyum tu da betullahkan Ainaa memang ada buah hati. Melepaslah kali ni."
            "Tak adalah,kak. Senyum pun salah ke,kak. Apa yang melepasnya,kak?" soalku.
            "Err.. Tak ada apa-apa pun,dik. Yela, kalaulah betul adik ada buah hati, melepaslah peminat-peminat adik kat sekolah dulu tu nak try tackle adik lepas abis sekolah macam ni. Kan,kan,kan."ungkap kak Dayang.
            "Sebenarnyakan,kak Ainaa tak percayalah dengan semua ni. Lagi-lagi pada lelaki. Lelaki ni pandai berkata-kata."
            "Kenapa Ainaa kata macam tu pulak? Macam pernah di kecewakan je ikut cara cakap ni."
            "Memang pun pernah dikecewakan pun, kak. Kecewa sangat-sangat. Sampaikan Ainaa da tak percaya dah dengan semua lelaki kat dunia ni."
            "Takkan sampai macam tu sekali kut. Teruk sangat ke dia buat pada Ainaa. Sampaikan Ainaa da percaya pada lelaki."kata kak Dayang.
            "Entahlah,kak. Ainaa pun tak sure. Tapi hati Ainaa sakit sangat diperlakukan macam tu."
            "Citerlah. Share-share. Sharing is caring,right."
            "Betul ni akak nak tahu? Janji tau jangan bagitahu sape-sape. Rahsia kita berdua je ni tau."
            "Ye akak janji. Cepatlah citer."ujar kak Dayang tidak sabar.
            Wara hanya tersenyum melihat gelagatnya. Dia menghembuskan nafas dengan perlahan-lahan sebelum membuka ceritanya. Cerita yang cukup-cukup melukakan hatinya. Kak Dayang diam mendengarnya. Sesekali terdengar keluhan kecil terbit dimulutnya.
            "Macam tulah ceritanya. Sejak dari tu, Ainaa da tak nak da ada kaitan dengan lelaki. Pada Ainaa semua lelaki ni sama."ujar Wara selepas habis menceritakan kisah lalunya itu.
            "Sabar jela,dik ea."
            "Salah ke untuk Ainaa merasai cinta tu,kak?"
            "Tak salah pun, dik. Doa-doalah selalu. Insya-Allah suatu hari nanti adik akan jumpa someone yang betul-betul sayangkan adik. Entah-entah acik ke,kan. Manalah tahu,"kata kak Dayang sambil gelak kecil.
            "Selisih 44 malaikatlah kak kalau dengan dia tu. Asyik salah je apa yang Ainaa buat ni. Tak ada yang betul pada mata dia tu. Entah dari manalah dia datang."
            "Dari perut Puan Masturalah dia datang. Apalah Ainaa ni. Itu pun tak tahu ke."kata kak Dayang dengan gelak yang semakin kuat.Wara yang mendengarkan gurauan itu turut gelak bersama.
            Dengan gelak yang masih berlarutan, dia memandang ke luar kelas. Matanya tertumpu seraut wajah yang tegang memandang ke arah mereka berdua. Mati terus tawanya melihat seraut wajah itu. Kak Dayang yang baru menyedari akan kehadiran Ariff di situ lantas menegurnya.
            "Hai acik. Da lama berdiri kat situ? Masuklah. Macam tak biasa je."
            "Tak apalah kak Dayang. Saja je tengok-tengok. Da seminggu acik tak tengok tadika ni. Tu yang hari ni datang kejap."ujarnya.
            "Oh.. Ha ah. Da lama acik tak datang sini. Busy ke kat syarikat tu? Selalu ada je masa nak datang sini. Ni tak, sampai seminggu hilang."
            " A'ah. dekat pejabat tu busy sekarang ni. Dapat tender baru. Tu yang tak ada masa nak datang sini."
            "Ingatkan merajuk sampai tak nak datang da."
            "Taklah. Nak merajuk dengan sape pulak. Kak Dayang ni macam-macamlah." Mata lelakinya memandang segenap wajah yang diam membisu. Wajah yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Wara rimas dengan pandangan lelaki itu. Lantas dia bangun menuju ke belakang kelas. Dia tidak sanggup ditenung sebegitu rupa.
            "Kamu da kenapa acik oii. Tenung anak dara orang. Minat cakap minat. Haha..."kata kak Dayang dengan gelak yang berterusan. Ariff  termalu sendiri.
            "Eh, akak ni. Ke situ pulak. Dahlah, acik pergi pejabat dulu. Kirim salam dekat 'cik adik' ye,kak." Acik sengaja menekankan sebutan cik adik. Dia tahu Wara dengar apa yang mereka bualkan itu. Dayang hanya tersenyum simpul melihat teletah mereka berdua.
            " Mulut kata tak, hati kata nak! Macam-macam perangailah diorang ni."gumam Dayang dalam diam.
            "Aik, kak Dayang. Takkan berangan pulak kut. Tulah,orang suruh kawin cepat-cepat,tak nak. Kan da asyik berangan je kerjanya. Haiyaa..." tungkas Wara, Dia ingin menyedarkan lamunan wanita itu.' Khusyuk bebenor,tadi kata orang berangan,ni dia pulak yang amik port. Kak Dayang ni......'bisik Wara.
            Dayang hanya tersenyum. Leka dia memerhatikan seraut wajah tenang itu. Lembut sekali pandangan itu. Tapi sayang, gadis ini telah meletakkan tembok besar untuk lelaki mendekatinya. Itulah yang amat dikesalkan. Moga-moga suatu hari nanti akan bertemulah dia dengan lelaki yang selayaknya. Amin!
            "Akak!" jerit Wara di hadapan pintu kelas itu. Dayang yang mendengar akan jeritan itu terus terpinga-pinga. Tidak memahami situasi yang terjadi. Dia khayal dengan rekaan khayalannya sendiri. Wara ketawa melihatkan wajah terkejut wanita itu. Wajah yang polos,tidak mengetahui apa-apa.
            "Aik, kak. Takkan tak habis-habis berangannya tu. Dahlah. Jomlah kita pergi dewan makan. Kan sekarang waktu makan. Tak nak makan ke,kak? Kenyang dengan berangan ea.. Haha..."ujar Wara. Dia makin galak menyakat wanita itu.
            "Eh, mana ada. Yela,akak nak geraklah ni. Tunggu akak kejap. Kita pergi sainglah."ucap kak Dayang menutup malunya. Merah mukanya seperti udang terbakar di usik sebegitu sekali. Lantas dia bangun menuju ke pintu kelas dan mula menapak ke dewan makan untuk bersama-sama menjamu makan.
           "Jom."




bersambung....----->

p/s : maaf.. bab kali ni agak tergantung sedikit.. tengah demam masa nak menulis ni..:( sorry... insya-allah dalam bab yang seterusnya akan lebih baik... doakan saya cepat pulih yeah..! bab seterusnya kemungkinan akan di post lambat sikit.. bcoz nak focus sebentar dalam novel Coklet Biru --> Our LOVE!... 
           
            

Thursday 8 March 2012

Hanya kerana 'naWWara' Bab 4



Bab 4

Di dalam kereta, kedua-duanya diam membisu seribu bahasa. Hanya kedengaran suara DJ di radio yang riuh menyampaikan maklumat. Masing-masing tidak tahu untuk memulakan berbicara. Dua-dua kelu lidah untuk bersuara.
            "Err..." dengan serentak mereka bersuara.
Saling berpandangan, tercetus ketawa di mulut masing-masing.
            "Ladies first."Ariff berkata.
            "Err... sorry ye pasal kat dewan makan tadi tu. Tak ada niat pun nak gelarkan awak macam tu. Tapi memang betul pun macam langau. Tetiba je menyampuk orang cakap." Wara memulakan bicaranya.
            "What? Apa awak cakap tadi cik adik... Kurang jelas.. LANGAU?!" kata Ariff sambil menjengilkan matanya ke arah ku.
            "Ops! Terkutuk pulak... hehehe. Sorry,sorry. Gurau jelah. Tu pun nak marah. Memang malanglah makwe awak ni kan. Mesti tiap-tiap hari kena mara je. Malang sungguh." Kata Wara sambil tergelak kecil.
            "Oh,, sesedap aji namoto dia jek. Siapa malang? Tak akan ada sape-sape yang malang tau dapat pakwe yang hensem macam ni. Bak kata orang tu tadilah kan. Badan sasa. Untung apa,kan cik adik.." katanya sambil tersenyum sinis pada ku.
            "Ekeleyh.. kerek gila. Pape jelah. Malas nak cakap lagi. Btw, kita ni nak pergi mana sebenarnya ni? Dari tadi asyik pusing-pusing je. Tak tahu lapar ke? Tahu tak perut orang da buat lagu pop rock,balada,and sewaktu dengannya. Eish, mamat ni. Entah jenis manusia apalah ni. entah-entah alien tak. Tu yang tak tahu lapar." Gumam Wara dengan geram.
            "Ellow,cik adik. Memang suka bercakap ea. Dari pagi tadi, ade je yang nak dikatakan. Haish! Nasib badanlah hari ni keluar dengan orang mulut becok." tungkas Ariff pula.
            "Watever! Da lah. Carilah tempat makan. Da takad na kebulur ni tau. Bolehlah, eah. Pergi makan dulu. Lepas tu nak tawaf satu daerah ni pun tak apa. Asalkan makan dulu. Please.........."kata Wara pula sambil merayu dengan wajah yang sengaja di comelkan. Hehehe. Amik kau! Mesti cair punya mamat ni. Ni jelah senjata aku untuk buat dia bawak pergi makan. Kalau tak memang mati kebulurlah jawabnya. Nasib,nasib!
            "Yela,yela. Makan je kerjanya. Badan kecik jugak."
            "Ada menyusahkan ke kalau badan orang ni kecik ke besar? Tak adakan. So, just shut up your mouth and drive carefully. Lapar gila gaban wa cakap sama lu ni."
            "Ish, yelah... Tak geti-geti nak sabar lah minah ni. Nasib kau baik kali ni."
            "Tak heran pun."Wara berkata sambil menjelirkan lidah ke arah lelaki di sebelahku ini.
            "Perut, oh perut! Sabar ye. Hari ni Wara keluar dengan manusia yang tak ade perasaan. Tu pasal lah dia biarkan perut kelaparan macam ni.Sabar ye perut. Jap lagi kita makan puas-puas ea." Katanya lagi dengan nada sedih sambil mengusap-usap perut.
            Ketawa Ariff dibuatnya. Apa punya luculah minah ni. Boleh bercakap dengan perut sendiri. Aneh,aneh jela dia ni. Sambil tersenyum sinis dia memandang gadis tersebut.
            "Apa pandang-pandang? Ada hutang ke?" kata Wara dengan geram kerana dipandang dengan galak sekali oleh lelaki itu. 
            "Eh, biar la. Mata sendiri. Bukan pinjam mata orang lain pun nak tengok. Btw,cik adik. Kenapa ngan abg hensem ni,cik adik garang+ganas eak? Tapi bila dengan orang lain punyalah sopan gila mati. Pijak semut pun tak mati. Apa kes?"
            "Oh.. Perasan eak.. Ingat tak perasan tadi. Erm.. Ntahlah. Tak tahu. Mungkin sebab 'ABANG HENSEM' tu kerek sangat kot. Pasal tu lah jadi macm tu."perkataan abang hensem tu sengaja ditekan olehnya. Tanda geram.
            "Aik,, ada pulak macam tu. Pape jela. Da lah. Jom keluar. Da sampai da ni. Makan dulu. Nak tikam lidah ke tikam badan ke, lepas makan ea.. TEngah lapar jugak ni. Dari pagi tak makan. Dah,jom keluar cepat. Lambat tinggal sorang-sorang."
            Dengan sepantas kilat, Wara keluar dari kereta tersebut. Pandangan tajam dilemparkan kearah lelaki itu. Eish! Geramnya. Macam manalah aku boleh setuju ikut dia ni tadi. Haish! Memang menempah bala lah hari ni. Nasib malang gila hari ni jumpa mamat 'hensem' ni. Gggrrr!!
            "Apa pandang-pandang? Tahulah hensem."katanya sambil gelak besar.
            "Ceh, Masuk lif tekan sendiri seyh. Hampeh je."
            "Laa..memanglah masuk lif tekan sendiri. Da tu nak sape tekankan pulak. Dia ni kan. Ade je tau modal nak berkata-kata."
            "Watever! Da la. Nak makan kat mana ni? Takan nak berjemur kat tengah-tengah panas ni. Gentle la sikit,bro. Takkan nak biarkan awek kepanasan kat tengah-tengah ni. Ish,memang malanglah awek dia ni. Malang yang amat!"kata Wara sedikit keras.
            "Watever,watever. Cium kang mulut tu,baru tahu. Dari dalam kereta,sampai da keluar kereta pun asyik nak bercakap je kerjanya. Cuba diam sikit. Hish,perempuan,perempuan. Modalnya bercakap je eak." bebel Ariff selepas di tembak dengan kata-kata yang cukup membakar jiwa lelakinya itu.
            Dengan pantas, Wara menekup mulutnya. Gilalah mamat ni. Nak cium aku pulak. Tak tahu haram halal ke?Haish!Failed lah nak buat calon pakwe ni. Erk! calon pakwe? Mamat ni? Selisihlah. Kerja nak Cari gaduh ngan aku je dia ni. Hampeh,hampeh!
            Ariff tergelak melihat tingkah gadis di hadapannya. Tahu pun takut kena cium. Ingatkan tadi tak tahu nak diam. Dengan sisa gelak yang masih ada di bibirnya, dia mula melangkah ke arah kedai makanan segera, Mc Donald.
            Sepanjang masa menapak ke McD, Wara hanya diam membisu. Sepuluh patah yang ditanya, Sepatah pula yang dijawabnya. Dia hanya mengekor sahaja kemana lelaki itu pergi. Seperti kerbau dicucuk hidungnya. Tanpa menghiraukan keadaan disekelilingnya,Wara diam melayan perasaannya sendiri. Suasana yang hingar-bingar ketika itu tidak sekelumit pun menganggu fikirannya.
            ' Asal dengan minah ni. Takkan merajuk+marah-marah manja dengan aku kot. 'gumam Ariff di dalam hatinya.
            Secara tiba-tiba, Ariff berhenti dari langkahnya. Wara yang berada di belakangnya di pandang dengan seribu kerisauan. Buk!
            "Adoiy!!Malang lagi."kata Wara tanpa memandang wajah insan yang berhenti secara tiba-tiba di hadapannya. Sambil mengusap dahinya yang menjadi mangsa dalam pelanggarannya itu, dia mendengus geram.
            "Sorry,,"ucap Ariff dengan perlahan.
            "Sorry for what?"soal Wara dengan binggung.
            "Sorry if encik hensem ni buat salah+marah-marah manja tadi kat cik adik. Sorry,ye. Tak tahulah kenapa hari ni hangin semacam je. Yang jadi mangsanya pulak cik adik. Kesian cik adik. Kan cik adik maniss!" katanya dengan ketawa.
            "Encik hensem,, saya ada namalah. Tak payahlah asyik nak sebut cik adik,cik adik. Rimas tahu tak. Eeii! Nama orang Ainaa Nawwara. Bukannya cik adik! Ada faham meyh?"ujar Wara.
            "Yela. Saya pun ada nama jugak. yang awa asyik sebut+panggil-panggil saya encik hensem kenapa? Saya memang da tahu yang saya ni hensem. Awak tak payah nak ingat-ingatkan saya da. Sejak azali saya da tahu da tahap kehenseman saya ni."kata Ariff dengan bangga. Mana tak bangga,ada awek cun+cantik+comel panggil encik hensem. Heheheh!
            "Huh, bongkak. Bencilah dengan dia ni. Ada je yang tak kena dengan orang. Semua salah. Entah apa yang betul pun tak tahu. Malang sungguh hari ni."
            " Cik adik....."
            "Ainaa Nawwara" pintas Wara tanpa sempat Ariff menyambung kata-katanya..
            "Eeii,, ingat saya tak tahu nak sebut nama awak ke? Meh sini. Dengar betul-betul. Bukak lubang telinga tu besar-besar. Kasi BESAR PUNYA! Huh."katanya lagi separa geram. Alaa,geram-geram manja gitu. Ececeh!
            "Nama awak, Ainaa Nawwara. Kan,kan,kan. Cukup harakat tak saya sebut?"
            "Erm... harakat eak? Erm....macam.........." kata Wara. Belum sempat dia mengungkapkan kata-kata seterusnya, Ariff  memotong percakapannya itu. Eish, mamat ni! Memang suka potong cakap oranglah.
            "Mestilah cukup, sebab da ada pengalaman. Dulu praktis-praktis sebelum nak jabat tangan tok kadi," katanya. Diakhir kata-katanya itu di sebut dengan perlahan sekali.
            Erk! Aku tak salah dengarkan tadi. Dia sebut 'Tok kadi'. Dia ni suami orang ke? Haish! menempah maut betul. Buatnya bini dia ni nampak aku keluar dengan laki dia ni haru jadinya. Tak boleh jadinya. Kena blah sekarang jugak ni. Blah weyh! Blah!
            Dia cuba mengawal riak muka yang terpancar di wajahnya. Dengan selamba, Wara terus berlalu meninggalkan Ariff. Dia tak mahu disangka sebagai perampas. Dia paling benci dengan gelaran itu. PERAMPAS!
            "Aku bukan perampas! Dan aku tak hingin sekali jadi PERAMPAS!"kata Wara di dalam hatinya.
            Tika itu, Ariff terpinga-pinga dengan tingkah laku gadis itu. Tanpa sebarang bicara,dia melihat gadis itu berlalu dengan seraut wajah yang terkejut. Dia terkaku di situ. Tidak dapat berfikir dengan betul apa yang telah terjadi sehinggakan gadis itu terus meninggalkannya selepas mendengarkan kata-katanya itu tadi.
            "Erk, salah aku ke? Aku rasa aku tak ada salah cakap pun tadi. Takkan dia nak amik hati kut." gumam Ariff
            "COP!!! Tadi aku ada sebut tok kadi. Oh no! Mesti budak kecik ni ingat aku laki orang tak. No way! Patutlah muka terkejut gila. Tapi kenapa dia mesti terkejut eak? Pelik je"
            Dengan pantas, Ariff menjejaki langkah gadis itu. Namun hampa. Jejaknya tidak dapat dijejaki. Ariff terpaku di tengah-tengah kesibukkan orang lalu lalang. Dia buntu memikirkan sikap si gadis yang baru pertama kali berjumpa sepanjang hari tadi. Sikapnya yang tidak dijangka-jangkakan itu. Siapa dia ni eak?
            Sebaik Ariff hilang dari mengejar jejaknya, Wara terus keluar dari deretan kedai yang menjadi tempat persembunyiannya itu. Dia ingin jauh dari lelaki itu. Dia tidak mahu mendapat gelaran 'PERAMPAS' buat sekian kalinya. Dia bukan perampas. Bukan Perampas!
            Dengan langkah yang lemah,Wara menuju ke luar pusat beli belah itu. Dia binggung. Buntu. Kenapa hari pertama dia bekerja, ini yang harus dia lalui. Setelah hampir dua tahun dia cuba membuang segala - galanya tentang masa silamnya. Tapi kini, apa yang terjadi? Dia tidak mahu lagi pisang berbuah buat kedua kalinya. Dia serik cintanya dipermainkan. Kisah dua tahun yang lalu kini kembali diingatannya.

Di sebalik deretan pokok-pokok bunga itu, Wara terdengar perbualan seseorang. Suara itu amat dikenalinya. Dengan penuh keberanian,dia berdiri di situ untuk mendengar setiap butir bicara mereka. Hatinya makin tertarik bila salah seorang daripada mereka menyebut namanya.
            "Dah tu Ainaa macam mana. Takkan kau nak buat macam tu kat dia,Zaril. Tak baik tau. Ainaa tu sebaik-baik manusia kat sekolah ni tau. Mak bapak dia kau da pernah jumpa. Family-family dia yang lain pun kau da kenal jugak. Takkan ini kut yang kau nak buat pada dia. Aku tak percayalah."kata lelaki yang tidak dikenali olehnya itu.
            "Alaa... buat rilex sudah,beb. Ini akulah, Zaril Mufnil. Sape yang tak kenal Zaril Mufnil kat sekolah ni. Satu sekolah ni kenal aku tau. So, tak payah nak risaulah. Lagipun aku dengan Shasha tu pun da lama kut declare. Shasha pun da tahu pasal hubungan aku dengan Ainaa tu. Korang jangan risaulah. Ainaa tak akan tahu punya pasal hal ni. Melainkan kalau ada di antara korang sendirilah yang gatal mulut nak bagitahu kat dia tu," kata Zaril.
            Zaril Mufnil. Jejaka kegilaan semua pelajar di Sekolah Seri Impian. Baik akak senior mahupun budak-budak junior,semuanya tergila-gilakannya. Tapi, Ainaalah yang paling bertuah serasanya kerana di pilih oleh lelaki itu untuk menjadi seseorang yang penting dalam hidupnya. Terharu rasanya pertama kali di lamar oleh jejaka kegilaan ramai. Lagi-lagi, apabila Zafril melamarnya untuk menjadi partner di hadapan pelajar lain. Semua terpaku. Ada yang terkilan kerana tidak terpilih.
            "Woi, perempuan!" panggil satu suara dari arah belakang.
            Wara lantas menoleh ke arah suara itu. Shasha!
            "Aku bagi amaran kat kau ea,perempuan PERAMPAS! Jauhkan diri kau dari balak aku. Kau faham tak?! Dasar PERAMPAS! Bajet muka cantik sangatlah. Cerminlah sikit muka tu. Kau tak layaklah untuk Zaril tu. Patutlah jadi PERAMPAS!" kata Shasha. Tanpa rasa belas kasihan,dia melontarkan kata-kata keji.
            Wara tertunduk mendengarkan segala caci maki rakannya itu. Berdiam diri tika itu lebih baik daripada dia bersuara. Dia tahu, itu bukan salahnya. Tapi Zaril! Zaril penyebab segala-gala ini terjadi.
            "Woi,PERAMPAS! Asal kau senyap?! Dasar perampas memang macam tu. PERAMPAS!" jerkah Shasha lagi.
            "Aku bukan PERAMPAS! Aku mangsa keadaan. Bukan PERAMPAS seperti yang kau katakan tu. Kau sebenarnya yang PERAMPAS! Bukan aku." Kata Wara untuk menegakkan kebenaran.
            "Apa kau kata? Aku perampas?! " kata Shasha. Bengang!
            "Ye. Kau yang jadi perampas. Bukan aku."
            "Sha, Ainaa. Apa ni? Gaduh-gaduh macam ni."tanya suara itu. Suara yang amat dikenali oleh mereka berdua. masing-masing membuang pandangan tajam ke arah lelaki itu. Zaril!
            "What? Apa ni girls? Takkan sampai nak gaduh-gaduh. Professional la sikit." kata Zaril untuk menenangkan dua gadis dihadapannya itu.
            "Ril, sekarang you pilih. Sama ada I atau minah perampas ni? Cepat! You nak kitorang jadi professionalkan. So, pilihlah antara salah seorang. I atau minah ni.?" kata Shasha dengan suara yang tinggi. Dia tidak akan tenang selagi Zaril tidak memilih salah seorang dari mereka. Kerana dia tahu, Zaril hanya serious dengan dia seorang saja. Bukannya Ainaa.
            " Kenapa nak suruh I buat macam tu pulak?"tungkas Zaril. Dia seakan-akan kematian idea bila di arahkan untuk memilih salah seorang daripada mereka. Dia tak mampu. Dua-dua insan itu dia sayang.
            "You kena pilih jugak. Sekarang! Kalau tidak habis perempuan perampas ni I gayang cukup-cukup."ugut Shasha.
            "Ok,ok. I akan pilih."
            Dengan keluhan yang berat, dia memandang dua insan yang berada dihadapannya itu. Setiap wajah dipandangnya dengan rasa bersalah. Pabila matanya memandang segenap wajah yang penuh kelembutan itu, hati lelakinya sedih. Sedih kerana dia bakal melukakan hati gadis itu. Dengan berat hati,dia berkata," I pilih Shasha"
            "See,now perempuan PERAMPAS. Sape rampas sape sekarang ni. Kau ke aku?" kata Shasha dengan bangga setelah dirinya menjadi pilihan jejaka kegilaan ramai itu.
            "Maafkan saya Ainaa."kata Zaril lemah lalu memandang ke bawah. Dia tidak sanggup melihat senegap wajah insan yang disayangi itu. Wajah yang sering memberinya seribu ketenangan bila berada dengannya. Namun,dia harus melepaskan gadis itu. Dia terlalu jahat untuk bergandingan dengan gadis sebaik Ainaa itu.
            "Tapi kenapa,Zaril? Kenapa tidak dari dulu awak buat macam ni? Kenapa awak sanggup kecewakan saya,Zaril?" kata Wara dengan sendu yang ditahannya.
            "Maaf,Ainaa. Saya tak tahu. Maaf sangat-sangat."
Sejak dari peristiwa itu, semua menggelarkannya 'PERAMPAS'. Disebabkan seoarang lelaki, dia digelar perampas. Kenapa sekejam ini dia di hukum? Bukan salahnya. Tetapi kenapa dia yang harus menerima semua bebanan itu?
            Air mata mengalir di pipi.  Setiap kali peristiwa itu terlintas di fikirannya, airmata tidak pernah kering mengalir. Dia tidak kuat. Lemah. Kenapa dia yang menjadi taruhannya? Silap dia ke?
            Wara menapak ke arah perhentian bas yang terdekat. Dia menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumahnya terus. Sekadar menghantar sebuah pesanan ringkas kepada Puan Mastura, dia  memaklumkan bahawa dia terus pulang ke rumahnya. Teksi terus bergerak membelahi jalan raya yang mulai sibuk. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...