sehati sejiwa

Saturday, 7 April 2012

Hanya kerana 'naWWara' Bab 8



Bab 8


Pejam. Celik. Pejam. Celik. Akhirnya genap sudah tiga bulan aku di sini. Wahh! Sekejap rasanya masa berlalu. Kalau dah tiga bulan thats means bulan ni bulan Maclah kan. OMG! Bulan keputusan SPM keluar tu. Ya Allah, takutnya. Seram sejuk dah ni. Erk! Agak-agaknya macam manalah nantikan keputusan aku tu. Harap-haraplah 'TERBAEK'. Hehehe.
Hari ni hari sabtu. Ada satu majlis yang dianjurkan oleh Encik hensem dekat tadika ni. Dahlah hari ni aku ada kelas muzik. Dia ni pulak ada buat majlis. Memang penatlah aku hari ni nak berkejar ke kelas nanti gara-gara majlis mamat ni. Majlis apakah itu? Majlis yang semua orang tak tahu. Hanya dia seorang saja yang tahu. Handle pun sorang-sorang. Baguslah tu. Tak adalah menyusahkan orang lain. Hahaha! Kejamnya aku ni. Kalau tahu dek mamat ni, habis aku kena buli ni. 
"Ainaa Nawwara binti Kamarudin!!!" panggil suatu suara.
Erk! Sapelah pulak yang sebut nama penuh aku dengan lantang ni. Macam kenal je suara itu. Tapi di mana eak? Bukan ke itu suara.........
Ariff tersenyum bangga. Mana tak bangga, sebut nama penuh gadis yang sering mencuit hati lelakinya itu. Dari jauh dia melambai-lambaikan tangannya memanggil empunya nama tersebut.
Tengok, kan aku dah kata. Baru je sebut-sebut. Kan dah kena panggil dah. Dia ni memanglah tak boleh tengok orang duduk senang. Ada je nak di arahkan. Suruh jelah orang lain. Kan ramai lagi ni. Eeeiii! 
Dengan langkah yang berat aku menapak ke arah lelaki itu. Ariff tersenyum lebar melihat reaksi gadis itu. Geli hati dia melihat memek muka gadisnya itu. Hahaha. Mesti minah ni tengah menahan geram dengan aku ni. Muka pun dah macam orang tahan sembelit je. Hohoho! Bahagianya hatiku ini. Sabar ye Cik adik. Kejap lagi Encik abang hensem bagi upah terbaik punya dekat Cik adik abang ni. Hehehe.
Senyum lebar nampak mamat ni. Karang ada jugak yang makan pakai kaki ni kang. Aku tengah geram dengan dia, boleh buat-buat tak faham eak. Sabar jelah,der. Aik, siap angkat-angkat kening ni apa kes pulak.
"Awak,awak.. Sindrom ea...?"soalku padanya yang berada di hadapanku.
Apa budak kecik ni kata tadi. Sindrom? Muka hensem - hensem macam ni ada ke kata aku sindrom. Memang nak kenalah budak kecik ni. Dengan senyum yang terlebih manis dari gula, Ariff memandang wajah insan di hadapannya itu. 
"Awak kata apa tadi eak, budak kecik? Sindrom? Sape? Awak ke? A'ahlah. Saya tengok awak memang sindrom pun. Kesian awakkan budak kecik. Muka cantik, tapi sindrom. Kesian sangat-sangat."
"What?! Budak kecik? Sape budak kecik. Tolong sikit ea. Orang muka cantik-cantik ayu mulus macam ni di katakan sindrom. Gila apa?!"
"Aik, marah nampak budak kecik. Janganlah marah-marah. Dah tak comellah. Hahaha..."
Gelak sakan nampak mamat ni. Terlebih bius apa ni. Dah macam orang putus fius je aku tengok dia ni gelak. Gelak tak hengat orang! Huh!
"Weyh, pakcik. Gelak macam orang putus fius je. Tak malu ea orang tengok. Kan ramai orang ni. Eeii.. Harap je dah tua bangka. Tapi hampeh je. Langsung tak malu gelak kuat-kuat. Da macam orang gila. Huh!"
"Biarlah. Tahulah jeles sebab tak dapat nak gelak-gelak sakan macam ni. Kan,kan,kan. Hahaha."gelaknya lagi. Senak perut di buatnya. 
Eeiii... Mamat ni. Orang dah pandang-pandang tu kott. Tak geti-geti nak kontrol ke ketawa tu. Ada jugak kang kena makan pelempang ni. 
"Weyh, pak cik. Diamlah. Malu tahu tak. " ujarku dengan geram. 
"Alaa... Buat rileks sudah,der. Cool.  Hahaha"
"Lu nak gelak, layan sorang-soranglah der. Tak payah nak suh wa join sama lu. Buat malu muka je. Huh!"
Ariff tersenyum saja mendengar kata-kata dari mulut gadis itu. 
"Apa senyum-senyum. Dah puas gelak ke? Gelaklah puas-puas lagi sampai nazak. Baru best,der."
"Yelah. Tak gelak dah. Nak senyap sekarang."kata Ariff sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir.
"Huh! Perangai tak sudah-sudah macam budak kecik. Mengalahkan aku yang baru umur 18 tahun ni je. Harap je muka da tua. Tapi hampeh je."gumamku.
Ariff hanya tersenyum mendengarnya.
"Ainaa Nawwara......"
"Apa? Asyik panggil orang je. Tahulah nama orang sedap."
"Ceh. Riak namanya tu tau. Tak baik. Allah murka nanti. Nak panggil nama dia pun tak boleh. Sedihnya...."ucap Ariff dengan nada yang sedih. Dalam hatinya sudah berbunga-bunga dapat berdua-duaan dengan gadis itu. Almaklumlah, setiap kali nak berbual-bual dengannya mesti ada yang kacau daun. Tak mama, mesti Kak Dayang. Dua wanita ni tak abis-abis potong line orang.
"Tak payah nak sentap-sentaplah. Ni ada apa panggil-panggil orang siap seru nama penuh dalam IC ni? Tak sudah-sudah nak bagi orang kerja tau dia ni. Pantang nampak orang duduk senang. Huh! Agaknya memang hobi awak ea?"tanyaku.
"Alaa... salah ke nak sebut nama penuh? Lagipun saya suka sebut nama penuh awak tu. Boleh buat-buat praktiskan. Hehehe..."
"Tak memasal jelah pak cik ni. Cepatlah bagitahu, ada apa panggil orang ni. Panas tahu tak kat sini. Tak gentle suruh awek berdiri kepanasan macam ni tau."
Muka aku ni da macam udang terbakar da ni. Panas tahu x! Gggrrr...
"Sorry... jom jom kita pergi dekat khemah tu. Sejuk sikit. Jom."ajak Ariff sambil meraih tanganku. 
Aku terpaku melihat tingkah spontan lelaki itu. Seperti dipukau, aku hanya mengikut jejak langkah lelaki itu ke khemah yang berdekatan. Mata hanya memandang ke arah tangan sasa yang memegang erat tanganku.
Ariff terperasan akan tindakan spontannya itu. Dengan segera dia melepaskan genggamannya. Dia terkaku. Tidak sangka sekali dia akan meraih tangan gadis itu tadi. Tindakan spontan darinya.
"Err.. sorry. Tak sengaja. Terpegang."ucap Ariff dengan perasaan bersalah. Dia perasan raut wajah gadis itu berubah sama sekali. Perasan bersalah semakin menebal di hatinya.
"Ada apa panggil sebenarnya? Cakaplah cepat."ujarku. Tak sanggup hendak memanjangkan hal yang tidak disangkakan itu. Aku hanya memandang ke bawah. Tidak sanggup hendak menatap wajah insan di hadapannya. 
"Err... sebenarnya nak minta awak temankan saya keluar hari ni. Boleh tak? Nanti saya amik kat rumah. Saya cakap kat abah awak nanti. Boleh ea?"kata Ariff.
"Teman keluar? Sorry to say la, Encik Ariff. Tak bolehlah. Hari ni busy sangat-sangat. Ajaklah orang lain ea."kataku. 
"Alaa.. kenapa? Apa yang busy sangat sampaikan saya ajak teman keluar pun tak boleh. Dating ke?"soalnya pula. Hatinya ingin tahu.
"Tak memasal je nak dating. Orang ada kelas muziklah. Lepas abis majlis ni orang terus pergi kelasnya. Sebab tu hari ni pakai pun terlebih sempoi. Nasiblah yang lain pun pakai lebih kurang. Tak adalah segan kat sini. Erm, awak ajaklah orang lain ea. Next time mybe kot."
"Kelas muzik? Sejak bila ada kelas ni? Tak tahu menahu pun. Pukul berapa kelasnya tamat?"
Aik, mamat ni. Takkanlah semua perkara aku nak inform kat dia ni kott. Aku bukannya bini dia pun. Awek jauh sekalilah. Mimpi apalah mamat ni malam tadikan. Sampai jadi macam ni hari ni. Ish! Ish! Ish! Kesian...............
"Err... kena bagitahu ke? Memang undang-undang kat tadika ni ea kena informkan semua aktiviti yang dilakukan. Macam tu ea?"tanyaku pula.
"Eh, taklah. Hanya awak je yang wajib inform semua perkara pada saya. W.A.J.I.B."katanya sambil mengeja setiap huruf 'wajib'.
"Kenapa W.A.J.I.B pula? Tak ada kerja betullah mamat ni tau. Malaslah nak layan. Buat penat je. Dahlah membazir air liur je."ujarku sambil mula melangkah berlalu dari situ. 
Baru beberapa langkah ku aturkan, Ariff memanggil sambil menuju ke arahku. Langkahku terkaku.
"Saya hantar awak lepas majlis ni. Balik pun saya ambil nanti. Bolehkan?"
"Kenapa pulak? Tak payahlah nak susah-susahkan diri tu jadi Pak supir untuk saya ni. Buang masa awak je. Terima kasih jela."kataku.
"Alaa.. bolehlah, Ainaa. Saya hantar and ambil awak nanti."rayu Ariff.
Haish, mamat ni. Dah kenapalah pulak nak sangat beranta berambil aku pulak ni. Dia ni kan, kalau sehari tak buat aku pening kepala dengan kerenah dia memang tak sah namanya. Ish!
"Erm... muktamad ke ni nak jadi supir sepanjang hari saya hari ni? Tak rasa menyesal ke nanti?"soalku dengan sinis.
Dengan senyum, Ariff mengganggukkan kepalanya. Dah macam burung belatuklah pulak mamat ni. Hahaha! Sebijik seyh. Aku menahan diri dari ketawa melihat perilakunya itu. Memang lawaklah. Kalah budak kecik tau. Comel! Hehehe.
"Hmm... pergi minta kebenaran kat abah saya lah. Kalau abah bagi, saya ikut. Kalau tak, pandai-pandailah ea jadi supir orang lain."ujarku.
Wahh... macam berani je mamat ni nak minta kebenaran abah. Orang lain nak jumpa abah pun fikir dua tiga kali tau. Almaklumlah, garanglah katakan. Mana ada nak main-main kalau dengan abah ni. Alang kekasih hati pujaan jiwa hempedu kakak pun hanya calling-calling mak je tau minta kebenaran untuk "berkawan". Tak adanya nak calling-calling abah ni. Harap-harap dia tak setujulah nak minta kebenaran pada abah. 
"Minta kebenaran abah? Ok. Nanti saya minta kebenaran. Berapa no abahnya?"tanya Ariff sambil mengeluarkan telefon bimbit Galaxy SII. Henfon kesukaan aku tu! Tapi mahal sangat. Tak mampu untuk aku beli buat masa ni. Sedihnya. Sobs sobs sobs.
"Err.. betul ke ni? Eh, tak payahlah."
"Laa.. betullah. Cepatlah bagi nombor abahnya. Nak call ni minta kebenaran."
Adush! Dia betul-betullah pulak. Ni yang rasa nak jadi halimunan kejap ni. Dengan berat hati, aku memberi nombor abah kesayangan aku tu. Uuwwaarrgghh! I tak rela u! Abah... janganlah dikau memberi kebenaran kepada malaun ini. Anakmu ini tak rela! Sobs sobs sobs.
Sepantas kilat, Ariff mendail nombor-nombor yang dinyatakan. Selang beberapa saat, panggilannya di jawab. Pembesar suara di buka. Dengan lafaz bismillah, Ariff memberi salam kepada insan di talian. Bakal bapak mertua tu. Kenalah tunjuk alim sikit. Hehehe!
"Assalammualaikum, ni Cikgu Kamarudin ye?"
"Waalaikumussalam. Ye saya. Ni siapa ye?"
"Err.. maaf mengganggu pakcik pada hari minggu macam ni. Saya Ariff, anak Puan Mastura, ketua di Tadika Sehati Sejiwa."
"Oh, nak Ariff. Haa, ada apanya? Wara buat hal ke kat sana, sampai kamu calling-calling pakcik ni. Dia tu memang, tak nak mengalah je kerjanya. Lagi-lagi dengan lelaki. Entah apalah nak jadi dengan dia tu, pakcik pun tak tahu."ujar abah panjang berjela-jela. 
Ariff tersenggih-senggih mendengar bebelan dari abah. Haiyaa.. apa abah ni. Buat malu anakmu ini je. Agak-agaklah memuji anakmu ini. Aku mengetap bibir mendengar kata-kata abah itu. Nak sentap sekejaplah dengan abah macam ni. Sampai hati kata macam tu tau. Huk huk huk. Dalah cakap dekat mamat yang sengal ni. Bikin malu seumur hidup je tau. 
"Err.. pakcik. Sebenarnya saya call ni nak minta kebenaran nak hantar dan jemput Ainaa hari ni. Saya sebenarnya nak ajak dia keluar hari ni. Tapi dia ada kelas muzik katanya."
"A'ah.. memang kelas muziknya tu hari ni. Nak ajak keluar? Bilanya tu?"soal abah.
"Erm.. lepas kelas muzik dia. Boleh tak pakcik? Saya nak minta kebenaran untuk bawa dia keluar."
"Oh. Boleh sangat-sangatlah. Tapi pastikan balik sebelum pkol 10 malam. Lebih dari waktu tu, kamu dengan wara sekali pakcik balon."kata abah.
"Err.. balon pakcik? Ok, ok. Sebelum pkol 10 malam saya hantar dia balik. Terima kasih pakcik. Terima kasih sangat-sangat sebab bagi kebenaran."ujar Ariff dengan penuh kegembiraan. Mana tak gembira, abah bagi green light pulak kat dia ni. Abah tu pun satu. Asal angin dia hari ni terlalu baiklah pulak. Boleh bagi kebenaran lagi tu. Ni kalau aku story the mory dengan suku kaum aku ni, mesti diorang takkan percayalah.
"Haa.. yelah. Baik-baik bawa anak pakcik tu. Anak dara orang tu."peringatan diberi oleh abah buat Ariff.
"Insya-Allah, pakcik. Terima kasih sekali lagi. Ada masa nanti saya call pakcik lagi. Assalamualaikum, pakcik..."butang merah ditekannya. Ariff tersenyum-senyum melihatku. Hatinya berbunga-bunga dengan green light yang abahku berikan padanya itu.
Ceh, sukalah tu. Buat sakit jiwa aku je tengok dia ni senyum memanjang. Nasiblah senyuman kau tu memang the best. Cair pompuan yang tengok tau! 
"Apa senyum-senyum? Ada hutang ka?"kataku dengan geram. Mana tak geram, mamat ni boleh dapat green light abah tau. Tak suka!
"Eh, senyum tukan satu sedekah. Saya sedekahkanlah senyuman saya yang manis ni pada awak. Dapat pahala saya tau."
"Ceh. Tu tak ikhlas namanya tau. Senyum semata-mata nak dapatkan pahala. Hampeh je!"
"Ahh.. tak kiralah. So,, lepas majlis ni saya hantar awak. Jangan nak cilok-cilok. Tunggu saya dekat depan pejabat lepas majlis nanti. Ingat tu."arah Ariff. Dia ni da serupa macam diktator tau. Suka mengarahkan orang. Orangnya tu tak lain mesti aku yang cun, comel, cantik and sewaktu dengannyalah. Seksa rasanya jiwa dan batin aku ni dengan dia ni.
"Eleyh. Tak nak ingat."kataku sambil menjelirkan lidah padanya.
"Cantiknya lidah. Beli kat mana tu?"
"Baru tahu ke? Saya baru tukar tambah aksesori tau. Beli dekat kedai motor. Nanti saya tunjukkan ea. Nanti bolehlah awak beli satu."
"Yelah, Wara. Apa-apa jela."katanya.
"Jangan sesuka hati jiwa raga awak nak panggil saya dengan nama tu ea. Awak tak layak sama sekali nak panggil saya guna nama tu."ujarku dengan geram.
Wara hanyalah nama gelaran family aku panggil. Orang lain hanyalah mengenali aku dengan 'Ainaa'. Walaupun dalam adik beradik aku ni ada empat 'Ainaa', aku tetap akan suruh orang yang baru kenal aku dengan nama tu. Senanglah nanti kalau jumpa dekat mana-mana. Orang sebut 'AINAA' je, empat-empat akan pandang and akan tertanya-tanya, 'Ainaa yang mana satu ni?'. Hahaha!
"Kenapa pulak? Bukan salah pun. Nama awak jugakkan."
"Memanglah nama saya jugak. Tapi hanya orang-orang tertentu je yang boleh guna nama tu."
"Oh. Macam tu. Tak pelah. Saya pun orang-orang tertentu tu jugak apa."
"Ceh. Tak malu. Bila pulaklah awak jadi orang-orang tertentu tu eak? Silap orang ni."
"Baru je tadilah. Kan abah da bagi green light pada saya."ujar Ariff dengan bangga. Bangga sangat-sangat tau. Rasa macam menang nombor cabutan bertuah je. Hahahha!
"Huh! Entah pape jelah dia ni. Dahlah malas nak layan awak lagi. Bye-bye mamat perasan."kataku sambil menjelirkan lidah padanya.
Ariff tersenyum melihat tingkahku yang seakan keanak-anakkan itu. Ahh, lantaklah. Diri aku, suka akulahkan nak jadi budak-budak ke, baby ke, kan, kan.
"Jangan lupa. Lepas majlis ni nanti tunggu depan pejabat."kata Ariff padaku. 
"Yela, pakcik." Langkah ku atur semula menuju ke tempat asalku tadi. Dari jauh, Puan Mastura sudah tersenyum penuh makna. Hati tuanya senang melihat anak terunanya itu bergandingan dengan gadis itu. Bagai pinang di belah dua. Bukannya bagai pinang dibelah guna parang tau. 
                                                                    ~ ~ ~ ~ ~
"Abahnya,, siapa yang tepon tu. Wara ke?" tanya mak.
"Tak adanya budak bertuah tu nak call. Ni haa... Anak tuan tadika tempat dia bekerja tu call."
"Aik, apa mimpi budak tu call awak? Wara ada buat hal ke kat sana, abahnya."
"Taklah. Dia nak minta kebenaran nak bawa si Wara tu keluar lepas kelas muzik dia. Pandai pulak dia call saya."
"Oh. Mesti Wara suruh dia buat macam tu. Tapi berani pulak dia call. Wahh! Terbaiklah anak awak sorang ni."
"Terbaik apanya? Biasa-biasa je saya rasa anak saya ni. Harapkan dengan senyum manis dia tu jelah yang saya rasa specialnya dia tu. Haha" kata abah dengan gelak tawa.
Anak ketiga dia ni memang murah sangat-sangat dengan senyuman manis. Entah terkenan apa mak aku masa mengandungkan aku pun aku tak tahulah. Asyik senyum memanjang je. Tapi bukan GILA, ok! Aku normal lagi. Tak boleh tersenarai dalam ahli-ahli persatuan Hospital Bahagia tu. Hahaha!
"Haa. Yelah abahnya. Tapi awak bagi pulak dia bawa anak dara awak tu. Selama ni mana awak bagi dia keluar dengan lelaki. Semua yang dia keluar kawan-kawan sekelas dia tu je. Apa mimpi awak malam tadi abahnya sampai boleh bagi green light ni."tanya mak pada abah.
"Mimpi bidadari cantik datang. Hahah"balas abah.
Mak memandang geram wajah suaminya itu. Ish, orang tua ni. Orang tanya betul-betul dia buat main pulak.
"Haa..yelah. bidadari cantik manalah yang malang datang pada awak tu. Huh!"ujar mak.
"Aik, tu pun nak marah maknya. Main-main pun tak boleh. Apalah. Erm.. entahlah, saya pun tak tahu macam mana saya boleh bagi green light kat budak Ariff tu. Nampak macam baik je. Tu yang tanpa rasa sangsi green light diberikan tu."kata abah sambil mengusap dagunya. 
"Memang baik budaknya. Su pun pernah kata pada saya budak Ariff tu baik orangnya. Rajin. Suka tolong orang."
"Oh, yeke. Bape umur Ariff?"soal abah penuh minat.
Mak tersenyum melihat tingkah laku suaminya itu. Aik, da macam berkenan je ni. Tahu dek Wara ni, mahunya menjerit tak suka anak aku sorang tu.
"Umurnya baru 23 tahun kalau tak silap Su bagitahu haritu. Kenapa abahnya? Dah berkenan ke?"tanya mak.
"No komen. Muda lagi budaknya. Kerja apa si Ariff tu?"
"Ceh. No komen segala bagai. Dah macam artis lah pulak abahnya ni. Kerja syarikat family sendiri. Dia tu sebenarnya arkitek."
"Oh. Kerja bagus jugak budaknya. Hmm.."
"Untuk anak awak yang mana pula ni yang awak nak kenen-kenenkan ni? Jangan salah kenenkan sudahlah. Nanti ada yang menangis tak berlagu kang, abahnya."ujar mak.
"Haha... tengok jelah nanti. Harinya itu akan tiba. Saya memang dah berkenan betul-betul dengan budak Ariff ni."
"Abang jangan main-main. Kang tak pasal-pasal lain jadinya nanti. Kita pun bukannya kenal sangat dengan Ariff ni. Wara tu pun, selalu jugak mengadu pada saya yang dia kena buli dengan si Ariff tu."kata mak. Demi anak dara seorang itu, dia sanggup melakukan apa saja. Hati ibu, siapa yang tahukan. Dia tahu, anaknya yang sorang tu banyak menyimpan rahsia.
Disebalik suka gembiranya itu, terselit seribu kedukaan. Tapi dikaburi dengan gelak ketawa darinya. Hati ibu siapa boleh menipu. Lagi-lagi, dia yang melahirkan anaknya itu. Selama 9 bulan anaknya berada di dalam kandungan bersamanya kehulu kehilir. Semua gerak laku mereka dia amat fasih sekali. 
"Yelah. Saya tahu tu. Tapi kalau memang dah jodoh, baguslah."kata abah dengan senyum terukir di bibirnya. 



p/s~~> hampir dua minggu jugak tak post Hanya kerana'naWWara' ni.. hohoho.. idea tarak mari lorh.. tu yg lambat.. kali ni pun entah pape je yang di merepek kan.. harap2 enjoylah.. sudi2lah mengomen ye..:D ulasan anda semua akan saya jadikan sebagai pencetus semangat buat saya memperbaiki lagi gaya penulisan sy yang agak merek ini.. ~~ selamat membaca...!! <3

2 comments:

Eliza AB said...

haha..kelakar lah diorg berdua tu.. comel aje.. erk, sorry dik, baru berkesempatan nk bc n komen.. menanti bab seterusnya.. ;)

wARa aINAa said...

hahhaha.. xpe, kak..:) bab seterusnya, insya-Allah dlm tempoh terdekat ni akan di postkn.. hohooh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...