sehati sejiwa

Tuesday 28 February 2012

Bab 1 Coklet Biru --> Our LOVE!


                      Dari jauh, seorang gadis sedang menggalas begnya sambil mata melihat sekeliling kawasan sekolah itu. Sekolah baru! Murid baru! Ya,itulah title yang aku sandang sekarang ni. Papa dan mama menumpangkan aku  di sekolah ni buat sementara waktu. Sebabnya, aku pun tak tahu. Bila ditanya,alasannya, tak ada orang nak jaga aku nanti. Sebenarnya, parents aku mahu menunaikan ibadah haji pada tahun ini and nama diaorang telah pun tersenarai sebagai salah seorang ahli jemaah haji yang akan bertolak tidak lama lagi. Only a few days. Alasan diterima pa,ma. 

                    "Assalammualaikum, pak cik. Nak tumpang tanya. Pejabat kat mana eak?" tanya Weena dengan wajah polosnya itu kepada pak guard sekolah yang berada di kawasan pagar sekolah. Almaklumla baru first time bersekolah di kampungnya itu. Sedikit sebanyak tentang sekolah itu sudah diselidiknya ketika di bandar dulu. Not bad! Pak guard tersebut menunjukkan arah yang ditanyakan olehnya. 'Depan tu je kot. Kes rabun kau ni da serius ni,Ween.' bisik Weena di dalam hatinya itu. 

                    Selepas mengucapkan terima kasih kepada pak cik tersebut, dia mula melangkah ke arah pejabat yang hanya 100 meter dari pagar itu. Setiap langkah yang di aturkan menjadi tarikan para pelajar di sana. 'Pelajar baru,weyh!', 'Cantiknya dia'. Itulah yang dia dengari sejak melangkahkan kaki di sekolah itu. 'Rimasnya aku!'gumam Weena dengan gelagat pelajar di sini yang seperti tak pernah nampak budak baru.

                  Oppss! Forget sudah. Excited nak ke sekolah baru sampai lupa nak memperkenalkan diri aku sendiri. Nama aku ikut dalam IC Qaseh Ayu Nurazweena bt Yusof. Aku tinggal di bandar Batu Pahat, Johor. Papa and mama aku seorang guru sekolah menengah. Papa, Encik Yusof bin Hassan, seorang yang 'garang!'. Mama pula, Puan Saleha bt Uthman , seorang yang enjoy and sporting,kadang-kadang je mama garang dengan anak-anak. Masing-masing sibuk jugaklah dengan kerja-kerja mengajar di sekolah tu. Tapi mereka tak pernah nak mengabaikan kami adik-beradik.

               Adik - beradik aku seramai 6 orang. Terdiri daripada 4 orang gadis yang cantik dan 2 orang jejaka yang handsome. Erk! Terlebih sudah. Hehehe. Qaseh Ayu Nurani ( sis 1 ), Qaseh Ayu Nuraja ( sis 2 ), Qaseh Ayu Nurazweena( aku lah tu ) and Qaseh Ayu Nuradi (adik aku ). Pelik- pelikkan nama kitorang adik-beradik yang perempuan ni. Tapi nama akulah yang paling panjang. Aku merupakan anak yang ketiga. Baru saja menghabiskan Peperiksaan Menengah Rendah a.k.a PMR. Result agak teruk la berbanding rakan-rakan yang lain tu. Aku just dapat 4A 4B! Nasib tak kena gulai dengan mama. Hahaha! 

                 Dihadapan pejabat sekolah, Weena termangu-mangu. 'Nak masuk,tak nak eak? Masuk jela.' Baru saja hendak menolak pintu pejabat, tiba-tiba pintu tersebut ditolak dari dalam. Tersembullah wajah dua orang insan yang tak dikenali,segak berpakaian lengkap. 'Cikgu kot!' 

              Tanpa berlengah lagi,Weena mula bersuara. " Assalamualaikum, tumpang tanya. Pengetua ada di dalam tak? Saya pelajar yang hendak menumpang tu. Hendak mendaftar masuk." Melihatkan wajah polos si gadis itu, salah seorang daripadanya mula mengukirkan senyuman. 'Balas,Ween, jangan tak balas. Amik hati!'kata hati Weena. 

               " Oh, kamu lah cucu Hj. Hassan,kan. Saya, cikgu di sini. Panggil saya Cikgu Habil. Mari-mari saya tunjukkan kelas kamu. Pengetua sudah memaklumkan kepada saya tadi tentang kamu. Jangan segan-segan. Anggaplah di sini sama seperti sekolah kamu di bandar sana. Berkawan dengan mereka seperti kamu berkawan dengan rakan-rakan kamu di sana." kata cikgu Habil sambil menunjukkan arah ke kelas.

                Dipersimpangan ke arah kelas tersebut, tiba- tiba ............ " Mat, ni anak murid baru kau. Masa kau kan sekarang. Kau bawa dia masuklah. Kenalkan pada budak-budak hyperactive kau tu." kata Cikgu Habil kepada seorang guru yang tinggi lampai itu. Cikgu aku ke tu? wahhh... Handsomenya! Agak-agak ada chance tak aku ngurat. Hehehe. Cikgu Mat atau sebenarnya nama dia ni Muhammad, menggamit aku untuk bersama-sama menuju ke arah kelas yang beberapa meter saja di hadapan kami itu. 

               Sesampai di kelas, Weena berdiri di luar kelas. Tidak melangkah masuk. Adat  di sekolahnya, pelajar baru akan masuk selepas gurunya memperkenalkan mereka di hadapan kelas. Seperti memahami fikirannya, Cikgu Mat terus memulakan bicara di hadapan kelasnya itu. Pelajar-pelajar mula berbisik di antara satu sama lain. Baik yang lelaki hatta yang perempuan. 'Macamlah aku ni alien, sampai nak berbisik-bisik. Ish,ish,ish... kesian..................... ' gumam Weena di hati kecilnya. 

              " Okeyh, kelas. Hari ini kita ada pelajar baru di sekolah and kelas kita ni. Dia akan menumpang di sekolah ini buat sementara waktu saja. Saya mahu kalian semua menunjukkan tingkah laku yang baik kepada rakan baru kamu ini. Jangan nak tunjuk lagak pula ye. Ingat saya tak tahu, kelas ni di labelkan kelas Hyperactive. Ish, kamu semua ni. Apalah nak jadi. Da besar pun perangai macam budak-budak lagi." kata Cikgu Mat sambil menggamit aku ke dalam kelas itu. Aku berdiri di sebelah cikgu tersebut. Alaa,tak sama level la.Kena tambahkan ketinggian ni!Hehehe. 

             " Ween, sila perkenalkan diri kamu itu. Ramai jejaka - jejaka yang tak sabar nak mengenali diri kamu tu. Semua mata diorang tu awak tengok, saya yang kat depan ni pun tak pernah dapat perhatian macam tu tau. Jaga-jaga dengan diorang ni. Semua buaya!" katanya lagi dalam nada bergurau. Suasana kelas mulai bising dengan gelak ketawa dari pelajar-pelajar perempuan. Pelajar lelaki apa lagi,tunduk ke mejalah. Malu punya pasal beb!Hahahha.

             " Terima kasih,cikgu. Insya-allah saya tak akan tergugat dengan jejaka-jejaka buaya ni." balasku pula. Kelas makin bertambah riuh jadinya,apabila mendengar kata-kata aku. Ada yang mengeluh dan ade yang bersorak gembira. Sebabnya, aku sendiri pun tak tahu. Hohohoho!

              "Baiklah, nama saya Qaseh Ayu Nurazweena. Just call me Ween. Berasal dari Batu Pahat. Menumpang buat sementara waktu sahaja di sini atas sebab tiada penjaga di sana. Papa and mama pergi haji, so, duduk dengan atuk jela di sini. I hope kamu dapatlah memberikan serba sedikit informasi tentang sekolah ni and mengenai kelas ni jugak. But i'm enjoy to know you all," kataku lagi sambil memberi segaris senyuman kepada seisi kelas itu.

            " Cucu siapa eak?" tanya salah seorang jejaka di barisan tepi. Yang lain semuanya setuju dengan pertanyaan rakan mereka itu kerana ingin mengetahuinya juga.

           " Cucu Hj. Hassan,"balasku pendek terhadap pertanyaan tu. Seluruh isi kelas mula mempamerkan bentuk O di bibir masing-masing. 

           Tanpa disedari oleh seisi kelas, ada sepasang mata yang galak melihat aku. Cikgu Mat perasan akan hal itu. Sambil tersenyum, dia berkata, " Hai Hisham, tak lepas-lepas pandangan awak tu,ye. Handsome sangat ea saya hari ni, sampaikan awak tenung-tenung macam tu kat depan ni." Aku pun turut menoleh ke arah gerangan itu. Hisham tersipu-sipu ditegur cikgunya itu. Muka merah macam udang galah lah,beb! Blushing, meyh.

                 " Sudah-sudah. Kita tamatkan sesi suai kenal ni. Saya nak mengajar ni. Ween, kamu boleh duduk di kerusi belakang sekali. Kamu tak kisahkan duduk di belakang 3 jejaka buaya tu kan." kata cikgu lagi. 

               " Erm, tak kisah cikgu. mana-mana pun tak apa. Asalkan dapat belajar." balas ku dengan segaris senyuman.

              " Kalau 3 jejaka tu buat hal dengan awak, bagitahu saya cepat-cepat. Biar saya backhand diaorang tu." katanya lagi dalam gelak ketawa. Aku tergelak mendengar bicara cikgu handsome di hadapan aku ni. 3 jejaka buaya yang di gelarkan itu, mulalah mencebik. Tanda tak puas hati. Kelakar sungguh pelajar di kelas ni. Semua happening je. Enjoy setiap masa. 

                Aku mula mengaturkan langkah ke meja yang di sediakan di belakang kelas itu. Jejaka-jejaka buaya masih membuang pandangan ke arah aku di belakang sehinggalah......... 

            " Udah-udahlah tu. Takkan lari lah si Ween tu. Nanti-nantilah nak try usha dia tu. Belajar dulu. Ween tu pun tak nak pakwe-pakwe yang tak pandai. Betul tak ,Ween?" Aku yang mendengarnya hanya tersenyum saja. Itulah aku. Asyik tersenyum memanjang je. Senyum tak perlu kata apa-apa, senyum. Bak kata orang, senyum itu kan sedekah. Haa,, senyumlah apa lagi. Sedekah itu adalah amalan yang mulia.




bersambung------>

p/s: maaf sekiranya ada kesalahan dalam bahasa.. First time try menulis nii.. huhuhuhu.. hope u olls enjoy it!.. komen anda memberi seribu satu makna buat diri ini untuk membaiki cara penulisan saya ni... if ade idea sikit2 untuk berkongsi,boleh juga dihantarkan di kotak komen..:D salam...

2 comments:

qminz said...

weeeeeeeeeeeeee......

sekarang ni flash back ker? hurmm....
anyway...q xjmpe ap2 yg salah kat sini. cuma nak tanya, mmg boleh ker tumpang sekolah? or sekarang ni dia kira mcm pindah skolah baru ni? tk berapa faham lah boleh terangkan sikit?^^

wARa aINAa said...

yup.. ni kira mcm flash back jugaklah.. ermm.. sekarang tak sure boleh lagi or tak.. tapi dulu boleh.. memang menunmpang sekolah pon.. tapi kena ade surat kebenaran dari pihak sekolah lah..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...