sehati sejiwa

Tuesday 28 February 2012

Prolog Coklet Biru ---> Our LOVE!



                              "Kita berpisah." luah Firas secara tiba-tiba. Setelah lima minit berlalu,barulah dia mula bersuara menyatakan hasrat hatinya untuk berjumpa dengan Weena.Weena yang kebinggungan terdiam memandang lelaki di hadapannya dengan seribu satu pertanyaan. Erk! Aku salah dengar ke? Mamat ni kata tadi..................... BERPISAH! Oh no! Tidak...................! Tak mungkin ini yang aku dengar dari mulut dia. Tak mungkin! Tak mungkin!
                         
                          "Firas... awak salah cakap,kan. Awak tak bermaksudkan begitu,kan. Ini gurauankan, Firas," Weena berkata-kata untuk mencari kebenaran dengan apa yang didengarinya tadi. Debaran di hati hanya Tuhan saja yang tahu. Dia tak mahu hal ini terjadi dalam hubungannya bersama Firas. Hubungan yang hampir mencapai usia 5 tahun itu,tak mahu disia-siakan begitu saja. Hanya Muhammad Aisy Firas sahaja lelaki yang dia sayangi.

                             "Keputusan I muktamad,Ween. I nak kita akhirkan hubungan kita ni. I da tak ada hati lagi pada you. Hati I da beralih arah pada orang lain. I harap you hormati keputusan I ni." Separuh hati lelakinya kuat mengatakan untuk mengakhiri perhubungan antara mereka, separuh lagi menyuruhnya mempertahankan. Dia keliru dengan perasaan sendiri. Syahnie, gadis yang baru dikenali 3 bulan yang lalu,betul-betul membuatkan dirinya leka. Dunia ini seperti mereka berdua yang punya. Di sisi gadis itu, Firas rasa dihargai, disayangi sepenuh hati. Syahnie penuh dengan lenggok manja setiap gerak gerinya membuatkan hati lelakinya mudah terleka. 

                           "Firas, awak tak boleh buat saya macam ni. Kita dah lama kenal. Da nak dekat 10 tahun perkenalan kita. Takkan awak tergamak buat macam ni. Apa kita nak bagitahu pada family masing-masing nanti. Firas, tolonglah. Jangan buat macam ni. Saya mohon pada awak,Firas. Tolonglah." aku cuba merayu. 

                           "Keputusan I tetap sama. I nak kita berpisah,Ween. Tolonglah memahami I kali ni. Tu je yang I minta pada you.Hati I bukan untuk you lagi. I sayang orang lain. I cintakan orang lain. Bukan you lagi. Maafkan I. I tak dapat nak teruskan hubungan ni lagi. Pada I hubungan kita ni sudah tak bermakna lagi da. Biarlah kita buat haluan masing-masing. Hal family, you jangan risau. Nanti I sendiri akan settlekan." kata Firas. Dia mahu secepatnya hubungan ini berakhir di situ. Dia tak mahu menyakiti orang lain dengan perbuatannya itu. Tanpa dia sedar, sememangnya dia telah membuatkan hati seseorang sakit.. Hancur hati Weena mendengar luahan daripada lelaki di hadapannya itu.  Seperti kaca berderai. 

                          "Firas............... Sampai hati awak kan. Saya sayangkan awak sangat-sangat. Inikah yang awak balas balik pada saya? Apa salah saya? Tak boleh ke bagi saya peluang untuk memperbaiki kekurangan dan kesalahan saya?" rayuku lagi tanpa lelah. Air mata sudah mula bergenang di tubir mata. Bila-bila masa saja akan mengalir di pipi.

                           "Seperti yang I bagitahu sejak awal lagi, keputusan I muktamad! I nak hubungan ni akhir di sini,hari ni. Bersaksikan tempat ni,tempat yang pernah menjadi bukti cinta kita berdua, sekali lagi I nak ia menjadi saksi buat kita hari ini. Bukti di mana I akan berpisah dengan you. Bukti yang I da tak cintakan you,lagi. I tak nak dengar kata-kata rayuan dari you lagi. I tetap dengan keputusan I.Muktamad!"

                           Terpancar riak kecewa diwajahnya. Air mata yang tertahan dari tadi mula mengalir laju seperti derasnya air laut. Hati yang hancur bertambah hancur setelah mendengar kata-kata lelaki itu.Dia terdiam mendengar setiap butir bicara lelaki itu yang amat menyeksakan hati wanitanya. Sungguh kejam! Tergamak dia melakukan aku sebegini. Apa silap aku sampai dia buat aku macam ni? Di mana silap aku? Inikah balasan untuknya setelah menyayangi seseorang? Insan yang disayanginya itu akan meninggalkan dia. Inikah balasannya?  kenapa cinta begitu kejam sehingga menghukum aku begini? Tidak layakkah aku mencipta kebahagiaan aku sendiri? Oh Tuhan! Inikah yang harus aku terima? Kuatkah aku untuk menghadapi hari-hari tanpa insan yang dia cintai dan sayangi itu? mampukah? Ya Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini.

                       "Sekejam inikah yang saya harus dapat setelah saya sayang pada awak,cinta pada awak,Firas? Sekejam ini ke harus awak menghukum saya? Apa salah saya,Firas? Apa salah saya? Tolonglah cakap,Firas agar saya boleh perbaiki semuanya. Saya tak pernah betah apa yang awak suruh saya lakukan. Sebab saya fikir,awak nak yang terbaik untuk diri saya sebagai pendamping awak. Tapi kenapa ini pula yang terjadi? Kenapa,Firas?" kata Weena dengan suara yang tertahan dengan tangisan halus. Hati wanitanya tak mampu melawan rasa sedih yang dirasainya kala itu. 

                       Tanpa mempedulikan pertanyaan dari mulut wanita dihadapannya itu, Firas terus berlalu meninggalkannya dengan seribu satu persoalan dibenak fikiran. Dia tidak tahu,kenapa dia terkaku mendengar butir bicara yang keluar dari mulut itu. Seperti baru tersedar dari mimpi. Tapi dia tak mampu untuk menarik semula kata-katanya. Dia nekad! Perpisahan untuk mereka harus dilaksanakan. Firas memandang sekilas kawasan yang pernah menjadi saksi mereka bersama dahulu. Tapi kini........... Sekali lagi kawasan tasik itu menjadi saksi dan bukti bagi perpisahan di antara mereka. Semua itu hanyalah tinggal kenangan saja. Dia merenung sekejap wajah gadis yang dulu menakluki seluruh hati lelakinya. Gadis yang tak pernah lelah melayan arahannya. Itulah Qaseh Ayu Nurazweena. Gadis yang sederhana setiap perlakuannya. 

                      Air mata Weena tidak putus-putus mengalir di pipi mulusnya meratapi perpisahan mereka. Hatinya tidak mampu menerima keputusan itu. Dia tidak mampu untuk hidup tanpa lelaki yang dia sayangi itu. Firas, kenapa mesti begini jadinya hubungan kita ini? Setelah hampir lima tahun mereka menyulam kasih,mengapa ini yang menjadi akhirnya? Aku sering kali berdoa agar hubungan ini berakhir di jinjang pelamin,tapi kesudahannya inilah kisahnya. Antara aku dengan Firas sudah tiada apa-apa lagi.

                    Kekecewaan tidak dapat digambarkan olehnya. Tanpa pengetahuan mereka, ada sepasang mata turut menjadi saksi perpisahan mereka di hadapan tasik itu. Wujud suatu perasaan halus di hatinya. Hati lelakinya turut tertanya-tanya. Kenapa gadis kesayangannya di sakiti begini?

                  'Kau sungguh kejam,Firas! Sungguh kejam! Kau tak tahu nak menghargai dia!' kata Alfie dengan amarah. Dia berdiri disebalik pokok-pokok di sekitar tasik itu. Hati lelakinya merasa kesian melihat gadis kesayangannya diperlakukan sedemikian rupa. Di fikirannya wujud pelbagai soalan. Melihatkan gadis kesayangannya itu, dia nekad akan melakukan sesuatu. Demi kebahagian gadisnya. Dia nekad!




bersambung---> 

p/s: maaf sekiranya ada kesalahan dalam bahasa.. First time try menulis nii.. huhuuh.. hope u olls enjoy it!.. komen anda memberi seribu satu makna buat diri ini untuk membaiki cara penulisan saya ni... if ade idea sikit2 ke nak berkongsi,boleh juga dihantarkan di kotak komen..:D salam...

4 comments:

Unknown said...

jalan cerita yang menarik

wARa aINAa said...

thanks Iez...:D

qminz said...

aina...q tak tahu aina ada blog ni. kenapa tak pernah beritahu?? ^^ nnt q mskkan dlm blog list q.

menariklah..selalunya sangat jarang novel mula dgn perpisahan.. (stakat yg q pernah baca, blm jumpa lagi..)

nak g baca chapter next pulak^^

wARa aINAa said...

err.. tak tahu ke?? sorry la tak inform.. aina ade post dlm blog aina yg lagi satu tu bgthu psl blog yg ni.. huhuhu.. tapi da jumpe kan sekarang..:) oh yeke, tak pernah.. kira yg ni first timelah ea. heheh..:) bacalah.. thanks sebab sudi baca ye..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...