sehati sejiwa

Wednesday 29 February 2012

Bab 2 Coklet Biru ---> Our LOVE!


                     Hari ni masuk seminggu aku di sekolah SMK Tun Sri Lanang. Sekolah ni dekat kawasan kampung aku je.  Kampung aku tu terletak di daerah Muar. Tapi bukanlah area bandar sana tu. Nama Kampung aku Felda Sri Jaya, Bukit Serampang. Kawasan yang luas. Kemas. Orang-orang kampungnya pun peramah. So, aku tak adalah rasa janggal duduk kat sini. Hehehe! Sepanjang seminggu aku berada di sekolah ni, okeyh lah. Cuma aku rasa minah-minah kat sini macam tak berapa suka kat aku je. Kenapa eak? Aku ada buat salah ke pada diorang.?

                     Setibanya Weena di hadapan kelas 4 Elit, dia terus menapak ke arah mejanya. Di dalam kelas itu ada beberapa orang pelajar yang sudah pun tiba lebih awal darinya. Semuanya girls. Kaum adam masih tidak menunjukkan kehadiran di dalam kelas itu. Fuhh! Lega rasanya. Kalau tak asyik kena soal je aku ni dengan jejaka-jejaka buaya tu.. hohooho! 

                  Buku matapelajaran Prinsip Perakaunan dibuka. Weena terus menumpukan perhatiannya terhadap subjek kesukaannya itu tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. Tanpa dia sendiri sedari, di sebalik tingkap kelas ade beberapa orang pelajar lelaki sedang memerhatikannya. Tak lain tak bukan, classmatenya sendiri!

                   Firas, Taufiq , Zainol dan Asriq leka memerhatikan gadis yang berada di belakang kelas mereka itu khusyuk mengulangi kaji pelajaran. 

              " Weyh, kau la pergi tegur dia," kata Zainol kepada Asriq.

            "Apa aku pulak? Kau suruh lah si Firas ni. Aku tengok khusyuk bebenor mamat ni tenung minah tu.. Apa nama dia eak? Aku lupa la. Yuna? Wana?" balas Asriq dalam nada berbisik. Tidak mahu orang lain mengetahui akan kehadiran mereka di sebalik tingkap kelasnya itu. Pelajar-pelajar yang lalu di hadapan mereka hanya tersenyum melihat gelagat mereka yang seperti Spy BABA. 

                  " Ween la. Qaseh Ayu Nurazweena bt Yusof, nama penuh dia kalau kau nak tahu dan ingat dalam kepala hotak kau yang tak berapa nak ingat tu. Ada faham?" balas Firas sedikit geram kerana terganggu dengan butir bicara rakan-rakannya itu." Orang tengah khusyuk usha awek, korang memekak pulak. Kalau nak memekak pergi jauh-jauh lah. Jangan kacau aku." katanya lagi.

                " Alaa, Firas. Jangan lah marah. Gurau je kut. Yela, kitorang diam. Bagi kau fokus merenung insan yang telah mencuri hati+perhatian kau dalam kelas tu. Tapi aku sendiri pelik lah. Baru seminggu kut dia masuk, kau da boleh jadi macam ni. Aura kuat siot minah tu, sampaikan kau pun da tak betul jadinya. Apa orang kata tu. Penangan cinta." Balas Asriq sambil tergelak-gelak. 

                 " Apa korang tahu. Hal aku. Hati aku. Aku punya suka lah nak tertarik kat sape-sape pun. Dah-dah, diam lah. Korang ni. Menyesal aku ajak join edisi khas aku ni. Kalau tahu mulut korang ni macam mulut Murai tercabut ekor, tak adanya aku nak ajak tadi. Spoilkan mood je. " balas Firas sambil bangun dan berlalu masuk ke dalam kelasnya itu. 

             Selepas meletakkan beg, dia terus keluar semula ke kelas menuju ke tapak perhimpunan. Almaklumlah, hari Jumaat lah katakan. Semua pelajar wajib berkumpul di sana untuk membaca tafsiran al-quran. Weena yang ternampak akan kelibatan Faris terus menutup bukunya itu. Dia terus keluar kelas mengikut langkah Faris menuju ke tapak perhimpunan. 

                " Beb, kau nampak tak apa yang aku nampak ni?Korang nampak tak?" tanya Taufiq sambil tersenyum panjang. 

             " Nampak apanya? Kau ni. Suka buat orang suspen la budak kecik sorang ni. Nasib kau comel. Kalau tak dah lama kena hempuk dengan aku tau," kata Zainol. 

            "Alaa, kau tak nampak ke apa yang aku nampak tadi. Kan si Ween tu terus keluar lepas nampak Firas keluar dari kelas lepas letak beg. Korang tak nampak ke? Depan mata sendiri kut. Menipu sangat tak nampak. Jom, kita jadi FBI. Siasat apa yang diorang buat." balas Taufiq. Mereka bertiga mula melangkah ke tapak perhimpunan yang hanya terletak 50 meter saja dari arah kelasnya itu. 

               Dari jauh terlihat dua insan sedang leka berbual. Dalam hati tertanya-tanya apa yang sedang di bualkan oleh mereka berdua. Tapi nampak macam serious je. Taufiq, Zainol dan Asriq mula melangkah ke arah mereka. Semakin di hampiri, semakin mereka mengerti apa yang menjadi perbualan dua insan di hadapan mereka itu. Mereka bersembunyi di sebalik pokok-pokok di sekitar itu untuk mendengar bicara dua insan di hadapan mereka. Masing-masing tersenyum penuh makna. Ada sesuatu yang bermain di fikiran mereka yang orang lain tidak ketahuinya. Apakah itu? Hanya mereka bertiga saja yang mengetahuinya.

              " Awak, saya nak minta tolong sikit boleh tak?" tanya Weena dengan berhati-hati. Insan di hadapannya itu tegak berdiri memandangnya dengan muka yang tegang. Serious gler muka mamat ni. Semalam okeyh-okeyh je aku tengok dia dalam kelas tu. Aik? takkan marah kut aku nak mintak tolong. Hampeh je. Tak jadilah macam ni nak mintak tolong kat dia. Tapi aku mana kenal sangat budak kelas tu. Eh, mamat ni pun aku tak kenal. Nama pun tak tahu lagi. Apalah aku ni. Heheheh....

              " Tolong apa? Cakap je. Kalau boleh di tolong, insya-Allah lah akan di tolong. Apa bendanya?" kata Firas. Mata lelakinya tidak jemu memandang segenap raut wajah gadis yang mula mencuit hati jantannya itu. 'Cantik juga  minah ni kalau tengok depan-depan eak. Da ada balak ke belum minah ni. Ish, takkan lah tak ada balak lagi. Budak bandarkan selalunya da ada. Mesti minah ni pun da ada juga. Terlepas lah aku nak dapat dia ni.' bisik Firas di dalam hatinya. Dia sengaja menengangkan mukanya. Saja nak menduga insan di hadapannya kala itu. 'Comel!' desis hatinya lagi.
           
              " Err... Nak minta jadual waktu. Beratlah beg nak bawak semua buku tiap-tiap hari. Nanti saya salin jadual waktu tu. Boleh tak? Saya da cari dalam kelas tu, tapi tak ada pun senarai jadual waktu dalam kelas tu. Boleh ea? Nak minta orang lain, diorang macam tak hiraukan saya je. Da alang-alang nampak awak masuk tadi tu, tu yang saya terus cari awak. Harap awak dapat bantu saya." kata Weena. Dia sebenarnya segan untuk berbicara dengan lelaki dihadapannya itu. Entah kenapa tiba-tiba dia jadi gugup dihadapan lelaki itu. Sambil menanti balasan dari lelaki di hadapannya itu, Weena sempat menilik wajahnya. 'Boleh tahan hensem jugak mamat ni. ada iras-iras Aliff Aziz. cop,cop,cop, bulu mata dia............................... lentik gler! Jelesnya!' bisik Weena di hatinya.
                     
                " Yelah. Nanti dalam kelas minta. Ada apa-apa lagi ke? Kalau tak, nak gerak dulu ni. Nak pergi tapak perhimpunan. Jom lah pergi sana sekali. Dah alang-alang ni. Terus jela pergi sana sekali." kata Firas mengajak gadis itu. Ini sebagai langkah pertamanya untuk mengenali gadis di hadapannya itu.

               " Err... tak ada rasanya. tapi nanti kalau ada apa-apa lagi saya tanya awak terus la ea. Boleh kan,awak? Ok jugak tu. Jomlah. Lagipun saya tak berapa tahu lagi selok belok sekolah ni. Mahunya nanti tak jumpa jalan pulang."

               " Ok. Tak ada masalah pun. Da lah jom gerak. Da nak lambat ni,"

              Meraka berdua mula melangkah ke tapak perhimpunan.

              "Awak, nama apa eak?" tanya Weena dengan wajah polosnya itu. Firas yang mendengar pertanyaan dari mulut kecil si gadis itu, menahan tawa dalam diri. 'Ingat tak nak tanya tadi. Minah ni lurus jugak kadang-kadang eak. Makin comel pulak aku tengok. Lagi-lagi mata dia. Waduh, bikin jiwa keruan sih!'


             " Erm, kenapa?" balas Firas. Saja ingin memanjangkan bicara buat mereka berdua.

             " Laa, nak tahu nama pun salah ke? Pelik-pelik jela. Zon manalah sini eak,sampai nak tahu nama pun tak boleh. ish,ish,ish," balas weena sedikit geram. Bajet nama kau sedap sangat la encik hensem ooii! Nama aku lagi sedap taw.GGGrrrrrrr!


             " Ada saya kata salah ke? Tak adakan. Nama, Firas. Muhammad Aisy Firas b Zainorain. Panggil Firas je."

             Ek! Nama dia ke? Asal macam sedap je aku dengar. " Oh. Sedap nama tu. Kena dengan empunya diri." balas ku dengan segaris senyuman.

              " Nama awak pun sedap jugak. Qaseh Ayu Nurazweena bt Yusof. Atau lebih dikenali dengan nama Ween,kan. Kena jugak dengan diri awak. Nama dengan tuan badan sama-sama cantik. Comel! Kan, cik Ayu, yang sememangnya ayu," balas Firas dengan senyum yang sukar ditafsirkan olehku. Erk! mamat ni panggil aku apa tadi? Ayu? What?! Baru saja ingin membalas, Firas sudah melangkah pergi ke barisan jemaah lelaki. Dari jauh dia dapat melihat Firas tersenyum padanya. 'Eh, mamat ni. Boleh pulak tersenyum-senyum. Aku hempuk kang baru tahu. Da lah suka jiwa dia panggil aku 'Ayu'.. Eeeiiiii,,, menyampahnya. Sabar jela.' bicara Weena di dalam hatinya.

             Beberapa saat dia terkapai-kapai. Terpinga-pinga tidak tahu hendak menuju ke mana. Sekali lagi, dia membuang pandangan ke arah Firas, teman sekelasnya itu. Sambil menunjukkan simbol 'ok', Weena mula melangkah ke arah jemaah wanita seperti yang di tunjukkan oleh Firas dari jauh. Nasib lah ada mamat terlebih fius tu. Kalau tak, tak tahulah.

            Tapak perhimpunan mula dipenuhi dengan para pelajar. Bacaan zikir mula diperdengarkan sementara menunggu majlis berlangsung. Selang beberapa minit kemudian, bacaan al-Quran mula berkumandang di tapak perhimpunan itu. Semua warga sekolah tekun melagukan bait-bait tulisan arab yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran tersebut. Syahdu sekali rasanya!



----> bersambung





p/s: maaf sekiranya ada kesalahan dalam bahasa.. First time try menulis nii.. huhuhuhu.. hope u olls enjoy it!.. komen anda memberi seribu satu makna buat diri ini untuk membaiki cara penulisan saya ni... if ade idea sikit2 untuk berkongsi,boleh juga dihantarkan di kotak komen..:D salam...



2 comments:

qminz said...

oh...sekarang bru nk kenal2 eh...hehe

dik, kalau adik serious nak menulis, tak boleh guna + ^^...hehe...dlu masa q jd penulis fanfictions selalu buat mcm tu, tp sekarang dh serious sikit, tak guna dh^^

mcm best..nk baca lg lah..

wARa aINAa said...

oh yeke.. thanks sebab bgthu.. tak tahu pun sebelum ni.. huhuhu... baca2,,jgn tak baca.. di alu2kan sgt2..:) thanks q sebab sudi baca..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...