sehati sejiwa

Friday 2 March 2012

Bab 3 Coklet Biru ---> Our LOVE!


Hidup di dunia yang berbeza amatlah membosankan. Itulah yang di rasakan oleh Weena di sini. Setelah hampir dua minggu berada di kampungnya itu, dia berasa sungguh asing di dunia itu. Lagi-lagi ketika berada di sekolah. Seperti dia berada di planet lain. Tapi dia tabahkan diri. Demi menuntut ilmu, dia harus mengetepikan semua yang tidak berkaitan. Orang tak sudi, takkan lah hendak tersua-sua pulakkan. Itulah Weena yang sebenar. Seorang gadis yang tak mudah mengalah walaupun tiada seorang pun yang mempedulikannya di dalam kelas itu. 
Dia teringat akan kenangan ketika bersama-sama kengkawan di sekolah lamanya itu. Sekolah yang ke semuanya adalah pelajar perempuan. Sekolah yang di sayangi olehnya. Sekolah Menengah Convent Batu Pahat, sekolah yang memberi seribu satu kenangan pada dia dan kawan-kawannya yang lain. Teringat kali pertama bersua muka dengan mereka yang berlainan sekolah. Kutuk mengutuk da macam adat la bagi kitorang. Hehehhe! Tapi hanyalah sekadar gurauan saja. Tak menusuk di kalbu pun kutukkan tu semua. 
Weena teringat, kali terakhir dia berada di sekolah itu,sebelum berpindah ke kampungnya itu. Seisi kumpulannya yang terdiri daripada 6 orang itu, tidak sudah-sudah meniti pelbagai nasihat untuk dirinya. 
“ Uuuaaarrggghhhhh!! Aku tak pergi lama lah. Paling lama pun tiga bulan je,” kata Weena kepada geng-gengnya itu. 
“Aku tahulah,nanti korang rindukan. Tak akan ada budak yang akan mengecohkan kelas. Kan,kan,kan. Buat ilek sudah. Macam lah tak biasa berpisah dengan aku. Apalah korang ni. Jangan risaulah. Nanti aku calling-calling lah dari sana. Ingat aku tak rindu ke kat korang semua ni.” balas Weena lagi sambil berjanji kepada mereka. 
“Yela,Ween. Kitorang risau je. Kut-kut kau tak selesa dengan sekolah campur. Almaklumlah sejak sekolah rendah lagikan kau sekolah semuanya perempuan. Kecuali sekolah agama jelah kau sekolah campur. Tu pun da lama kut berlalu. La ni pulak kau kena satu sekolah dengan budak lelaki. Tak tahu lah macam mana situasi kau tu. Diorang dapat terima ke budak bandar.” kata Zafirah, salah seorang rakannya itu. 
Erm,betul jugak apa minah ni cakap eak. Agak-agak boleh ke diorang terima budak ala-ala bandar macam aku ni. Ahhh,,,lantak lah. Aku pergi sana sebab nak teruskan pembelajaran aku. Takkanlah nak miss selama 3 bulan ni kut. Habislah lingkup result aku nanti. Haish! 
“Alaa... korang doakan jela untuk aku. Moga-moga dapat lah aku bawak title ‘in a relationship’ dengan someone bila kat sana,” balas Weena dengan gelak ketawa. Siapa tak kenal Weena. Gadis yang senang di buat kawan. Mesra alam dengan semua orang. Tak kisah hendak berkawan. Semua lapisan and golongan masyarakat dia balon. Hohooho! Tapi tak seorang pun lelaki yang mampu menambat hatinya lagi. Entah jenis macam mana tak seorang pun yang tahu. Semuanya masih menjadi tanda tanya. 
“ Ish, kau ni. Ada hati jugak tu. Mamat-mamat kat sini kau tak ada pulak nak dapatkan title ‘in a relationship’ tu. Pelik-pelik jelah kau ni,Ween. Apa-apa pun kitorang doakan jela untuk kau ea. Harap-harap masin la mulut kau tu,” balas Aliah pula. 
Dalam group kitorang ni. Semuanya jenis happy go lucky. Lucky ke?? Hahahah. Entahlah. Macam lucky je rasanya. Lucky sebab semuanya cantik-cantik taw. Erk! Perasan sudah. Hehheh. Kitorang gelarkan group ni sebagai LG a.k.a Limit Generation. Limit ke? Limit lah. Bukan semua generasi boleh masok. Semua akan di tapis oleh kitorang semua. TERBAIK! 
“ Hehehhe. Mulut aku kan sentiasa masin. Apalah korang ni. Alaa, jangan risau ea. Aku akan cuba sesuaikan diri dengan keadaan kat sana. Lagipun kan situ kampung aku sendiri. Buatnya suatu hari nanti aku kawin dengan orang sana,boleh jugak aku praktis sikit-sikit.” Balas Weena dengan gelak yang tidak tertahan. LG’s group bantai habis gelak sama. Siapa sangka Weena mampu menuturkan kata-kata seperti itu. Moga-moga adalah insan yang mampu membuka dan melembutkan hatinya yang keras seperti batu itu. 
“ Aku tabik lah kat kau kalau betul-betul jadi nanti. Yela,akhirnya mamat kampung jugak yang berjaya melembutkan hati keras bak batu kau ni.” Kata Zaf. 
“ Eh, ingat aku tak laku ke? Laku lah. Cuma aku je yang terjual mahal sikit kat diorang. Lagipun semua tu buaya la. Tak nak lah. Aku nak cari yang betul-betul kena dengan cita rasa aku. Korang tunggu je nanti ea. Aku dapat rasakan tak lama je nanti. Hehehhe,, tunggu tau.” balas Weena dengan senyum meleret. 
Erk! Betol ke apa yang aku cakap kat diorang ni. Macam betol je. Tapi siapa orang yang dimaksudkan tu? Kekeliruan sikit ni. Hati aku pun asal rasa lain macam je masa cakap pasal ni. Macam menyeru-yeru nama seseorang. Tapi siapa eak? Hati Weena berdetik.  Siapakah insan yang tidak diketahui itu ?  
Kenangannya ketika di sekolah lalu terganggu oleh sapaan seseorang. Aduh,kacau betullah! Orang tengah feeling-feeling dia datang pulak. Buat spoil mood jelah dia ni. Eish! Bentak Weena di dalam hatinya. Dia memandang insan di hadapannya. Erk! Aliff Aziz la... Eh..silap-silap. Bukan Aliff Aziz, tapi Firas! Apa mamat ni nak? Aku ada minta tolong dia lagi ke eak. Rasa macam tak ada pun. Tapi asal................. 
  “Ween, kenapa duduk sorang-sorang je? Kenapa tak join diorang yang lain?” tanya Firas sambil duduk di sisinya di atas tangga tepi padang itu. Waktu itu merupakan waktu pendidikan jasmani. Tanpa menjawab, dia berpaling kea rah lain. Eish! Sibuk je. Pergi jela main sana. Tak kacau dia,janganlah kacau kita. Tak ada mood ni. Ggrrr! 
“Ween, kenapa ni?” tanya Firas lagi. Dia berasa tidak berpuas hati setelah soalannya tidak di jawab oleh gadis itu. lain macam je minah ni. Aik! Ada masalah ke? Diam je dari pagi tadi. Hmm, tak kan gaduh dengan pakwe kat bandar kot. Selalunya okeyh-okeyh je kalau aku tanya dia. Hari ni lain pula. Aneh-aneh jela. 
“Ween, kalau saya ada buat salah pada awak sepanjang saya kenal awak ni,saya minta maaf la ye. Tapi saya tak tahu la pulak apa salah saya tu,sampaikan saya tanya pun awak tak nak jawab. Besar sangat ke kesalahan saya pada awak,Ween?” kata Firas lagi dengan suara yang rendah. 
Erk! Aduiyai.. Dia ni kan... Weena terus memandang lelaki di sebelahnya itu. sambil tersenyum nipis, dia bersuara halus, “ Awak tak ada buat salah apa-apa lah. Don’t worry. Saya okeyh je. Just teringat kat member-member sekolah sana. Rindu pulak kat diorang. Kat sini tak ada siapa nak kawan dengan saya pun. Entah apa silap saya,saya pun tak tahu. Tu yang saya malas nak join diorang. Sebab saya tahu, diorang tu semua tak suka saya.” 
“Tak baik awak kata macam tu. Awak tak kenal diorang lagi. Diorang tu sebenarnya segan je dengan awak. Yela, budak bandar masuk kampung. Mesti lah diorang rasa tercabar. Almaklumlah, kat sini jarang ada budak baru masuk. Kira awak ni hot lah sekarang ni dengan abang-abang senior and jejaka-jejaka buaya.” 
“Tak ada maknanya hot. Saya bukannya berminat pun dengan cintan-cintun ni. Tak best lah. Saya kat sana pun tak ada cintan-cintun ni tau. Entah apa yang bestnya, saya pun pelik. Semuanya nak menunjuk-nunjuk pakwe masing-masing. Manusia-manusia.” kata Weena dengan sedikit mengeluh.
Dalam hati Firas sudah berbunga-bunga. Yes! Dia tak ada someone. Boleh masuk line ni. Tapi,tadi dia kata dia tak minat lah. Macam mana ni. Payah juga nak tackle dia ni eak. Takpe,takpe. Usaha itu tangga kejayaan. Aku akan berusaha sebaik mungkin untuk buatkan dia jatuh hati pada aku. Ini Firas lah! 
“Erm, yeke kat sana awak tak ada pakwe. Budak bandar tak kan lah tak ada sorang pun yang suka kat awak ni. Mesti ada punya ni,kan. Lagi-lagilah orang secantik awak ni,Ween.” Kata Firas ingin menduga. 
“Betul lah. Tak caya pulak. Ada tu memang ada. Tapi saya tak berminat. Hati tak terbuka lagi lah. Saya anggap diaorang tu hanya kawan je. Tak lebih dari tu pun. Lagipun saya nak cari someone yang betul-betul sayang kat saya. Betul-betul cinta kan saya. Tapi tu lah,susahlah nak cari orang macam tu sekarang ni.” 
“Eh, mana awak tahu susah nak cari? Awak da try cari ke? Tak cuba tak tahu lagi,Ween. Mana tahu,orang yang awak cari tu sebenarnya da ada depan mata awak. Cuma awak je yang tak nampak.” 
“Sape? Entah lah. Saya malas lah nak amik tahu. Lagipun saya ada peraturan sendiri dalam family,kalau nak cari pasangan,lagi-lagi pasangan dalam hidup ni tau. Parents saya da inform awal-awal,ciri-ciri yang dikehendaki. Entah dapat cari,entahkan tidak. Berserah jela. Lagipun, saya muda lagilah nak cari pakwe a.k.a pasangan hidup ni. Sekali saya da dapat,saya akan sayang dia betul-betul. Almaklumlah,nak buat suamilah katakan” kataku sambil ketawa kecil.
“Erm, yela,Ween. Bagus juga awak berfikiran macam tu. Hidupkan masih panjang lagi.” Kata Firas perlahan. Di dalam hatinya mula wujud satu perasaan yang tidak enak. Mampu ke aku? Peraturan? Peraturan yang macam mana tu eak? Nak tahu! Nak tahu! 
Firas berpaling ke arah gadis di sebelahnya itu. “Awak..peraturan....” 
Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya itu,  cikgu Aslina, Guru Pendidikan Jasmani memanggil mereka berdua ke tengah padang untuk melakukan reganggan anggota badan selepas bersukan. 
 Firas, Ween, mari ke sini. Kita buat renganggan beramai-ramai. Cepat! Sebelum loceng berbunyi. Nanti lambat pula kamu semua masuk ke kelas.”
Firas dengan lemah bangun menuju ke arah kawasan padang itu sambil diikuti olehnya. Aik,lain macam je mamat ni. Bangun pun macam nak tak nak. Tapi tadi dia macam nak cakap somethingkan. Apa benda tu eak? Tak apalah,nanti-nanti jelah aku tanya. Baik cepat pergi sebelum kena marah. Hohooho! Weena melangkah seiring bersama Firas. Dari jauh, Asriq, Taufiq dan Zainol mula tersenyum memandang mereka berdua. 
“Beb,sweetkan diorang berdua tu. Jalan pun serentak tu. Macam pinang di belah dua,” kata Asriq dengan gelak ketawa. Memang tidak di nafikan oleh mereka hatta yang berada di kawasan padang itu. Sekali pandang,mata tak jemu untuk memandangnya. Macam ada tarikkan tersendiri mereka berdua itu. Seiras! Itulah yang bermain di dalam fikiran setiap dari mereka. 
“ Harap-harap, termakbul lah cita-cita kawan kita tu kan. Kalau tak payah juga nanti. Yela, korang sendiri tahukan, da berapa ramai girls sini try usha kawan kita sorang tu. Tapi tak sorang pun yang berjaya. Tapi dengan minah ni, senang je dia terpaut. Betul tak?” kata Zainol pula. 
“A’ahlah. Aku pun rasa macam tu jugak. Cuba tengok betul-betul. Muka diorang sama,kan. Macam da tertulis yang diorang ni sememangnya jodoh.” Ulas Taufiq. 
Selepas melakukan reganggan, masing-masing mula berjalan menuju ke arah kelas. Waktu seterusnya sudah tiba. Waktu pelajaran Prinsip Perakaunan,subjek yang di minati oleh Weena sendiri. Tanpa melengahkan masa, Weena terus menuju kearah kerusinya dan mula mengeluarkan buku-buku yang diperlukan. Semua mata memandang ke arahnya. Pelik! Pelik macam tak pernah belajar.Ye itulah pandangan yang dilemparkan oleh mereka semua,melainkan insan yang bernama Muhammad Aisy Firas.
Sememangnya dia sudah mengetahui, subjek itulah yang menjadi kegilaan gadis pujaannya itu. Weena mula perasaan,semua rakan-rakannya memandang ke arahnya. Lalu,dia melemparkan pandangan ke seluruh kelas itu. Erk! Kenapa dengan diorang ni? Asal tengok aku macam tu. Sambil tersenyum, Weena terus membuka bukunya. 
Guru Prinsip Perakaunan, En. Ma’don mula mengajar. Kelas mula senyap. Tiada suara pun yang keluar. Yang jelas terpancar hanyalah kerutan-kerutan di wajah rakan sekelasnya itu. Weena tersenyum melihat gelagat mereka. Dia memahami fikiran setiap dari mereka itu. 
Prinsip perakaunan adalah satu subjek yang agak merumitkan bagi pelajar yang tidak memahami konsepnya. Gelagat mereka membuatkannya tersenyum lebar. Inilah waktunya untuk aku diterima oleh diorang! Bisik Weena di hatinya. Soalan-soalan yang diberikan oleh gurunya itu, mudah sekali dijawab. Semua terlopong melihat dia petah bersuara mengalunkan setiap jawapan bagi soalan yang diberikan. Senyuman terukir di bibir gurunya itu. 
“ Bagus,Ween. Pandai kamu menyelesaikan soalan ini,ye. Saya belit-belit pun kamu dapat jawab.” Kata gurunya itu. 
“ Tengok rakan kamu ni. Belajar-belajar lah dari dia. Ambil kesempatan sementara dia ada untuk kamu semua belajar sesuatu yang baru. Jadikan dia  sebagai kawan kamu. Dia pasti akan menolong dalam subjek yang kamu lemah. Dia pun bukan dari calang-calang sekolah. Sekolah Convent lagi tu. Boleh kamu bantu saya menolong kawan-kawan kamu ini,Ween?” 
“ Insya-Allah,cikgu. Saya akan cuba sedaya upaya saya. Jika ada yang ingin saya tolong mereka,saya sedia membantu.” Balasnya dengan senyum nipis.Rakan-rakannya mula mengukirkan senyuman kearahnya. Matanya tertacap pada seseorang yang khusyuk memandangnya. Hatinya menjadi tak keruan akibat dipandang sebegitu. Apesal mamat ni. Tengok da lah semacam. Nasib kau encem tau! Hehehhe. 
Sejak saat itu, Weena terus diterima oleh rakannya di sini. Setiap waktu terluang ada saja yang menghampirinya untuk belajar mahupun berborak bersama-sama. Alhamdulilah! Weena bersyukur dengan apa yang terjadi sekarang ini. Tidaklah dia hidup kebosanan tiap kali ke sekolah. 
Kini dia mampu bergelak ketawa dengan rakan-rakan barunya itu. Sedikit sebanyak kehadirannya di sekolah itu mampu menaikkan tahap pencapaian mereka di kelas itu dan membuatkan guru-guru yang mengajar mereka tersenyum panjang melihat gelagat mereka yang cuit hati semasa mengajar. Siapa sangka hadirnya seorang murid baru, mengubah persepsi setiap murid di dalam kelas tersebut. Tiada lagi gelaran ‘Hyperactive’ bagi mereka. Semua itu tinggal kenangan sejak hadirnya gadis bernama Qaseh Ayu Nurazweena di dalam sekolah itu. Sungguh mengagumkan!




----> bersambung






p/s: maaf sekiranya ada kesalahan dalam bahasa.. First time try menulis nii.. huhuhuhu.. hope u olls enjoy it!.. komen anda memberi seribu satu makna buat diri ini untuk membaiki cara penulisan saya ni... if ade idea sikit2 untuk berkongsi,boleh juga dihantarkan di kotak komen..:D salam...






2 comments:

qminz said...

hehehe....no more hyperactive...lol...hyper la br style.. kkkkk...

wARa aINAa said...

hehehe.. ye ke??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...