sehati sejiwa

Wednesday 7 March 2012

Hanya kerana 'naWWara' Bab 3




Bab 3


Di pejabat, Acik melihat mamanya sedang bercakap di telefon. Segera dia masuk ke dalam lalu duduk di hadapan mamanya. Puan Mastura memandang sekilas ke arah anaknya itu,sambil menjongketkan keningnya tanda bertanya. Acik hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
            "Ada apa acik ke mari ni? Dari agi tadi ke kat sini? Acik tak ada kerja ke nak buat? Selalunya setiap hari Selasa dengan Khamis je acik datang sini,tinjau-tinjau. Hari ni apa mimpi pulak ni datang hari Isnin ni. Ada masalah ke? " tanya Puan Mastura kepada anak terunanya seorang ni. Anak kesayangan di dalam keluarganya.
            "Eh, tak dalah,mama. Saja je nak datang. Acik bosanlah kat pejabat tu. Tu yang acik melencong ke sini ni. Mama busy ke?"
            "Laa,ada pulak macam tu. Abis tu kerja kat pejabat tu sape nak buat acik sayanggg... Bertuah punya anak mama ni. Mama tak busy pun sayang. Kenapa, nak ajak mama date ke?" kata Puan Mastura dengan senyum di bibirnya.
            "Erm, boleh jugak tu,mama. Mama pun da lama tak date dengan acik,kan. Jom mama."
            "Ish,acik ni. Tak naklah. Mama ada banyak kerja nak buat. Acik ajaklah orang lain ea."
            "Alaa.... Mama ni.... Acik nak keluar dengan siapa je. Acik mana ada kengkawan yang sebaik mama acik yang sporting ni. Please mama. Temanlah acik." rayu acik.
            Puan Mastura merenung segenap muka anak lelakinya itu. Dia berasa kasihan akan anaknya itu. Gara-gara kisah dua tahun yang lalu, anaknya kini susah untuk mempercayai perempuan. Semua perempuan yang datang kepadanya dianggap hanya mengambil kesempatan di atas kemewahan yang dia ada kini. Itulah anak lelaki dia. Lelaki yang kecewa kerana ditipu mati-matian oleh bekas kekasihnya pada hari perkahwinannya pada dua tahun yang lalu.
            "Nantilah mama fikir-fikirkan. Tak pun nanti mama suruhlah sape-sape kat sini teman anak mama ni, ye sayang. Bolehkan?" pujuk Puan Mastura.
            "Yelah, mama. Acik ikutkan je. Asalkan ade yang sudi nak teman anak hensem mama ni."kata acik sambil ketawa kecil.
            "Eleyh. Perasan sungguh anak mama ni eak. Sape yang kata acik hensem ni? Mesti dia ada masalah mata ni. Anak mama ni hensem ke?" ujar Puan MAstura.
            "Alaa.. mama je yang tak tahu. Anak mama ni sebenarnya memang hensem. Mama, kat sini ade cikgu baru ea? Mana mama rembat dia?"
            "Aik? Mana tahu ni. Mama tak pernah bagitahu acik lagikan. Cepat sungguh kamu tahu. Ada apa-apa ke ni?" sambil tersenyum PUan Mastura mengusik anaknya itu. Hati tuanya gembira apabila melihat anaknya itu. Mudah-mudahan terbukalah hatinya untuk mencari seseorang dalam hidupnya.
            "Alaa.. mama ni. Bila acik tak tahu, mama marah. Bila acik tahu, mama macam ni pulak. Tak acilah." gumam acik sambil menarik muncungnya. Anak manja!
            "Mama usik sikit pun da tarik muncung sedepa. Acik,acik. Perangai tak berubah-ubah. Umur da 23 taun da  ni. Tapi perangai tak ubah macam budak sekolah rendah." bebel Puan Mastura.
            Pecah ketawa acik mendengar kata-kata mamanya itu. Sambil ketawa halus dia bersuara,"Acik gurau jelah mama. Alaa, bukan selalu pun acik macam ni,kan. Nak manja dengan mama kot."
            "Haa,, Yelah tu. Kamu ni memang manja bebenor. Bertuah sunguh-sungguh sape yang jadi bini kamu. Asyik melayan perangai manja kamu ni je."
            "Ma, sape nama budak baru tu?"                                   
            "Ainaa Nawwara. Alaa,, yang pagi tadi mama suruh kamu panggil tu. Dia tulah budaknya."
            "Oh. Acik tengok muda lagi. Umur area twenty something,rite?"
            " Banyaklah umur dia twenty something. Dia baru 17 tahunlah. Baru lepas SPM. Dia hanya sementara je kat sini. Cik Su yang minta mama amik dia bekerja di sini. And mama tengok dia pun okeyh je. Semua kerja dia buat. Lengkap. Perfect! Tak sia-sia mama ambil dia kerja sini. Semua budak suka kat dia. Hari pertama masuk, class dia handle semua okeyh. Tak ada yang bising-bising. Dia pun suka melayan budak-budak kat sini. Tu yang semuanya tertarik kat dia. Kenapa? Anak mama nak try mengayat ke? Boleh je. Mama bagi green light kat acik."
            "Apa mama ni. Ke situ pulak. Acik malaslah mama nak fikir soal ni semua. Acik nak kerja dulu. Nanti da sampai seru, anytime acik bagi mama menantu ea.. Sekarang acik tak nak lah fikir-fikir semua tu."
            "Erm,yela acik. Haa,,, apa kata acik keluar ngan Ainaa. Nak tak?" pancing Puan Mastura.
            Acik terpinga-pinga. What? Keluar dengan minah tu.Oh, no! Tak boleh jadi ni. Lagi haru nanti jadinya kalau keluar dengan minah tu.
            "Orang lainlah,ma. Acik tak kenallah dia tu."
            "Tak kenallah,mama nak kenalkan. Lagipun,acik kenalah kenal pekerja-pekerja kat sini. Acikkan owner sebenar tadika ni. Mama cuma pemegang amanah je untuk uruskan semua kat sini. Bolehlah. Mama tak ada sesiapa  lagi da nak suh keluar dengan acik ni. sebab semuanya da serik nak keluar dengan acik. Boleh ea? Mana tahu Ainaa boleh tahan layan perangai acik ni,"tungkas Puan Mastura dengan seribu satu alasan.
            "Erm,, yelah,mama." dengan malas dia bersuara.

Ainaa Nawwara. Seorang gadis yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Di mana-mana sahaja dia berada, pasti akan menjadi tarikan orang yang berada disekelilingnya. Begitu juga di tadika Sehati Sejiwa itu. Baik anak murid mahupun kakitangan di situ,semuanya begitu baik dengannya. Baru hari pertama dia berada di situ, sudah seperti lama rasanya berkenalan dengan mereka semua. Wahh! Amannya hidup kalau hari-hari macam ni. Hehehe!
            "Ainaa..... "
            Erk! Sapelah yang panggil aku ni. Dengan pantas dia menoleh. Terpampang dua wajah. Puan Mastura dengan................... cik hensem! 'Aduh,,,,,,,,,,,,, takkan dia ngadu kot. Memang anak manjalah mamat ni. Tak amanlah hidup aku macam ni.'gumam Wara di dalam hatinya.
            "Ye puan."
            "Ainaa free tak sekarang?"
            "Err.. free memanglah free... sebab saya baru hari pertama kat sini. So, kerja bertimbun-timbun tu memang tak akan adalah jawabnya. Kenapa puan? Ada apa-apa yang saya kena buat ke?" dengan wajah polos Wara bertanya. Sambil itu,matanya meliar memandang insan di sebelah wanita itu.
            'Eh,mamat ni. Senyum-senyum pulak. Aku sekeh kang.'
            'Ingat aku takut. Buatlah kalau berani.' Seakan-akan memahami isyarat wajah gadis di hadapannya itu, dia bersahaja. Memandang tanpa jemu segenap wajah itu.
            "Saya nak awak tolong temankan anak saya. Boleh? Saya tak boleh nak temankan dia. Saya masih ada kerja yang perlu dilakukan di sini. Boleh ye, Ainaa." rayu Puan Mastura meminta pertolongan dari gadis itu. Dia berharap apa yang dirancang sejak pertama kali bersua muka dengannya itu berjaya dengan keizinan Allah.
            "Err.. perlu ke,puan? Wajib ke sunat eak?" dengan selamba Wara bertanya. Pecah ketawa kedua-duanya. Lantas Wara senyum melihat gelak ketawa keduanya.
            'Oh,ketawa ye kau mat hensem. Siaplah kau nanti.'
            "Memang perlu pun,Ainaa. Sebab yang lain tu ada kerja nak buat. disebabkan awak sorang je yang free sekarang ni, awak jelah ea yang temankan anak saya. Bukan wajib bukan sunat, tapi harus. Tolong ea. Dia ni dari tadi kat sini. Naik pening kepala saya tengok. Kerjanya bukannya nak buat." kata Puan Mastura sambil meluahkan rasa risaunya.
            "Erk.. ok lah kalau da macam tu. Nak tak nak saya kena ikut jugak,kan. sebab da HARUS tadi."
            "Haa.. lupa pula saya nak kenalkan awak dengan anak saya ni. Ni anak saya, Muhammad Alfa Ariff. Tapi kat sini semuanya panggil acik je.. Nama manja gitu."
            "Apa,mama ni. Ada pulak kata macam tu. Ish,ish,ish. Cobaan...."
            "Banyak lah kau punya cobaan,acik. Dah, dah. Pergilah keluar. Mama rimaslah tengok kamu kat sini. seharian pulak tu. Entah apa yang di cari pun tak tahu. Ainaa, kalau budak bertuah sorang ni buat macam-macam kat awak,report je kat saya,ye. Saya ajar-ajar dia nanti." kata Puan Mastura sebagai ingatan buat ku.
            'Haa,, tengok tu. Puan Mastura siap suruh report lagi kalau awak buat macam-macam nanti.'
            'Bajet wa heran lah. Tak takut pun'
            Melalui isyarat mata, mereka berbalas-balas. Hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. Puan Mastura yang melihat,memandang pelik. Seolah-olah kedua-duanya saling mengenali.
            "Acik,kamu kenal ke Ainaa ni?" tanya Puan MAstura. Inginkan kepastian.
            "Eh,mana ada mama. Ni baru FIRST time jumpa ni. kan cik Ainaa,kan." kata Ariff sambil tersenyum penuh makna kepada gadis di hadapannya.
            "A'ah,puan. ni baru FIRST time kenal ni."kata Wara sambil menekan ayat 'first' time ketika bercakap.
            "Oklah,mama. Kami gerak dulu,ye. Nanti lambat pulak. Ni pun da nak waktu lunch. Jammed kang jalan tu." Ariff berkata untuk mematahkan bicara mamanya.
            "Erm,yela.. Hati-hati bawak anak dara orang tu."
            "Yela,mama. Acik tahu. Mama jangan tisau. Acik jaga betul-betul punyalah."katanya sambil gelak.
            "Ainaa,,ingat pesan saya tadi. Kalau ada apa-apa, awak report kat saya je tau. Dia buli awak ke, dia tinggalkan awak ke, bagitahu tau. Nanti saya basuh dia cukup-cukup."
            "Insya-Allah,puan." katanya sambil tunduk menyalami tangan wanita itu. Jatuh kasih Mastura kepada gadis itu. Adabnya sentiasa di jaga bila berhadapan dengan orang yang lebih tua. Ariff yang melihatnya seakan-akan tidak percaya dengan semua ini. Seorang gadis yang lemah lembut. Tapi pada permulaan dia bersua muka di dewan makan itu, gadis itu petah berbicara. Lagak seperti gengster! Kini,dihadapannya berubah seratus peratus perwatakannya. Hati lelakinya turut terpaut dengan kelembutan yang di miliki oleh gadis itu.
            Selepas bersalam, mereka terus menapak ke arah kereta yang berada di hadapan tadika Sehati Sejiwa itu. Dalam pada itu, Mastura berdoa agar mereka dapat di satukan.
            "Kak, secocok kan tengok diorang berdua tu."kata Dayang tiba-tiba.
            "Ish,kamu ni Dayang. Cuba jangan mengejutkan akak."
            "Erk! Sorry,kak, Tak sengaja. Leka sangat tengok diorang tu."
            "Akak pun khusyuk tengok diorang berdua. MAcam da tertulis je jodoh diorang tu. Tapi akak tak kisah siapa pun jodoh acik tu. Akak terima. Sebab akak tak nak dia kecewa lagi sekali. Sakit hati ni tengok dia macam tu. Kalau dia berkenan dengan Ainaa tu, akak ok je. Akak pun da berkenan dengan Ainaa tu walaupun dia baru je masuk hari ni."kata Puan Mastura dengan penuh keikhlasan di jiwa.
            Semoga suatu hari nanti kebahagiaan itu akan menjadi milik insan bernama Muhammad Alfa Ariff.


           


2 comments:

Eliza Ab said...

comeylah dua2 tu dik.. semakin menarik.. :D

wARa aINAa said...

thanks kak..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...