sehati sejiwa

Wednesday 7 March 2012

Hanya kerana 'naWWara' BAb 1



Bab 1

                   Nama aku Ainaa Nawwara bt Hj. Kamarudin. Aku baru selesai menjalani peperiksaan yang begitu penting dalam menentukan arah kehidupan aku pada masa akan datang. Peperiksaan apa lagi kalau bukan Sijil Peperiksaan Malaysia,atau lebih dikenali sebagai SPM. Ya ampun! Soalan-soalannya memang menguji minda wa cakap sama lu! LAgi-lagi soalan Modern math! Pecah kepala aku masa jawabnya. Haish!
            Kami keluar dari dewan peperiksaan dengan penuh rasa kesyukuran dan kebanggaan. Mana tak bangga da abis sekolah, beb ! Heheheh. Benda pertama yang akan dilakukan oleh aku and the geng adalah.......... CARI KERJA!! Erk! bukan aku and the geng jelah. Tapi semua budak lepasan SPM seluruh Malaysia ni akan keluar cari kerja. Almaklumlah, nak cari duit sendiri. Tak nak susah-susahkan parents da. Kan da abis sekolah. Da besar. Kenalah cuba cari pendapatan sendirikan. Kalau tak asyik 24 jam je duduk kat rumah tu. naik BOSAN! Gggrrrr!
            Round-round satu bandar. Lepak-lepak da menjadi satu kegiatan bagi aku and the geng selepas abis SPM. Cari kerjanya sekejap,melepak je yang lebih. Hohoho. Waahhhh! TERBAIKlah! Anak siapalah ni kan. Agak-agak, ada tak yang nak ngaku kitorang ni anak mereka sendiri? Ceh, ada pulak kau fikir macam tu. Tak baik je. Kehkehkeh.
            Kawan-kawan aku a.k.a the geng tu semuanya sekepala. Layan je apa-apa yang nak di buat. But, we all buat semua yang berfaedah tau. Bukannya saja-saja lepak tak tentu pasal. See the leg lah ! Tapi dalam geng tu, aku rasa yang paling riuh aku kot.. Ngee,, mana taknya. Peramah sesangat. Memanglah riuh jawabnya. Tanya jelah dekat sekolah tu, siapa yang tak kenal 'Ainaa Nawwara'. Erk, tapi diorang kenal aku tu pun sebenarnya sebab my mum cikgu kat sekolah tu. Hehehe. Tu pasal la boleh femes sekejap. Amik populariti mum. Kehkehkeh.

Hari Isnin. Hari pertama aku memulakan tugas aku sebagai seorang pengajar di tadika berhampiran taman aku ni. Tadika Sehati Sejiwa. Itulah tadika yang paling femes kat area sini. Aku kerja di tadika ni untuk kerja part time sebelum mendapat tempat untuk aku melanjutkan pelajaran. Lagipun, aku sekarang ni tengah menunggu result SPM keluar. Bosan duduk kat rumah mohonlah bekerja. Hampir kesemua ceruk bandar ni aku jelajah dengan member-member lepas SPM habis aritu, tapi satu apa pun aku tak dapat panggilan. Lain pulak kisah geng aku tu, diorang sume dapat panggilan kerja yang di mohon. Apalah malangnya nasib aku ni. Haish!
            Kerja di tadika ni pun mak su aku yang tolong rekomenkan. Almaklumlah, owner tadika ni kawan baik a.k.a jiran baik dia sendiri. Nak tak nak join jela. Boleh jugak aku dapatkan sedikit pengalaman kat sini. Sebab aku pun sebenarnya nak jadi salah seorang cikgu ni. Tapi bukanlah cikgu tadika. Aku nak jadi cikgu seni. Wah! Besar sungguh angan-angan aku ni ye. Result tak dapat lagi da berangan nak jadi cikgu. Entah dapat entah tak nanti. Huhuhu.
            Tadika Sehati Sejiwa memang bagus pada pandangan aku. Semunya mengikut piawaian pendidikan yang telah ditetapkan. Murid-muridnya pulak tak adelah ramai sangat. Setiap kelas terdiri daripada 20 orang. Okeyh la jugak tu. Tak adalah ramai sangat. Senang la nanti nak kawal. Tak adalah rumit sangat. Dengan keriuhan+keriangan diorang tu nanti. Heheheh.
            Aku menapak masuk ke dalam tadika Sehati Sejiwa dengan langkah kanan. Dalam hati berdebar-debar juga. Hari pertama hendak melakukan tugas sebagai seorang pendidik anak bangsa,amatlah mengerunkan diriku. Apatah lagi,aku ni bukanlah seorang yang bertauliah dalam bidang tersebut. Berbakul-bakul doa dititipkan sepanjang perjalanan ke tadika itu.
            Wajahku menjadi tatapan setiap orang di dalam tadika itu. Aku menuju ke arah suatu bilik yang tertulis 'PEJABAT'. Sebaik sahaja mengetuk pintu tersebut,aku diarahkan masuk oleh suara di dalam. Ya Allah, kau bantulah hamba-Mu ini. Kurangkanlah kegugupan ku ini,ya Allah. Doaku di dalam hati. Jantung berdegup semakin kencang sebaik masuk ke dalam pejabat. First time kerja ni. Erk, bukan second time kerja ni! Wajah ditundukkan ke bawah untuk menyembunyikan darah gemuruh. Dup dap dup dap! Bunyi jantungku semakin laju.
            "Selamat datang , Cik Ainaa Naw..Munaw..."
            " Nawwara. Ainaa Nawwara" kataku belum sempat insan dihadapanku habis berkata-kata. Aku tahu, naik tergeliat lidah dia tu sebut nama akhir aku tu. Da banyak kali orang sebut nama akhir aku tak betul. Keciwa seyh!
            " Oh,Ok. Selamat datang ke tadika Sehati Sejiwa, Cik Ainaa. Saya Puan Mastura. Pengetua di tadika ini. Saya harap,dengan kehadiran Cik Ainaa dapat membantu guru-guru di sini memberi yang terbaik kepada para pelajar di sini." katanya dengan senyum lebar di bibir.
            " Insya-Allah. Saya akan cuba yang terbaik."kataku sambil tersenyum.
            " Lagipun saya tak ada pengalaman apa-apa lagi. Bidang ni pun saya tak berapa mahir. Setakat ajar adik-adik kat rumah tu biase jela,puan. Saya harap,semua yang ada di sini boleh lah memberikan tunjuk ajar kepada saya nanti." kataku lagi dengan rasa rendah diri.
            Puan Mastura tersenyum mendengar kata-kata dari mulut si gadis comel di hadapannya itu. Di dalam hatinya berasa senang dengan tingkah gadis itu yang bersikap berterus terang. Berbudi bahasa orangnya. Bertuah mak yang mengandungkan gadis ni.
            "Awak jangan risau tentang itu. Mak su awak sudah bagitahu semuanya tentang awak. Awak lakukan tugas yang di beri dengan sebaiknya, ye. Saya yakin awak mampu melakukannya." kata Puan Mastura dengan sebuah senyuman terukir di bibir tuanya itu.
            Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata yang terucap oleh owner tadika tersebut.
            "Baiklah,puan. Kalau macam tu, saya akan cuba sedaya upaya saya. Paling tidak pun nanti saya adalah jugak pengalaman dalam mengajar ni kan. Lagipunkan,saya memang minat nak jadi cikgu ni. Cuma tu lah. Antara layak ke tak layak je." kata ku lagi sambil tergelak halus dengan butir bicara ku sendiri.
            "Jangan kata macam tu,Ainaa. Tu semuakan Allah yang menetukan. Eh, sebelum saya lupa, saya mahu awak isi borang ni dulu. Saya nak ke hadapam sebentar. Nak inform cikgu-cikgu yang lain tentang kehadiran awak di sini. Duduk di sini dulu, ye. Jangan lupa isi borang tu selengkapnya. Kalau tak tahu,kosongkan je. Lepas siap, letak je atas meja saya ni," katanya sambil berlalu menuju ke pintu dan keluar ke hadapan.
            Borang apa ni. Macam borang nikah je. Erk! Aku nak nikah ke? NO! 'Borang Permohonan Sebagai Guru Sementara'... Laa.. salah tengok rupanya. Hehehe. Hampir 5 minit berlalu,aku meletakkan borang yang di isinya itu di atas meja. Sambil-sambil itu, mataku melilau-lilau ke seluruh bilik itu. Kemas gila bilik ni! Tak macam bilik pengeua sekolah aku dulu tu. Penuh dengan fail-faillah, kertas-kertaslah. Aku tengok pun naik rimas. Haish!
            "Ainaa Nawwara," suatu suara menyapa di sebalik pintu yang terbuka sedikit itu. Aku menoleh ke belakang, melihat gerangan yang menyebut namanya itu. Tetapi tidak berjaya. Wajahnya tidak dapat di lihat dengan jelas kerana terhadang dengan paparan kertas di pintu tersebut. Yang pasti orangnya lelaki.
            " Ye saya." kataku sebagai menyahut panggilan itu.
            " Puan Mastura suruh awak ke dewan makan untuk menjamu selera bersama-sama  yang lain. Sambil tu, dia akan kenalkan awak pada semua kakitangan di sini." kata insan yang masih tidak jelas identitinya lagi.
            " Oh, baiklah. Terima kasih." kata ku.
            Dengan segera aku bangkit dan berlalu ke arah pintu. Tanpa memandang ke tempat insan yang tidak di ketahui identitinya itu aku terus menuju ke arah dewan makan. Dari jauh aku melemparkan senyuman mesra kepada semua yang berada di situ. Senyum,Wara. Senyum!
            "Ok, seperti semua sedia maklum, hari ini kita ada cikgu baru. Jadi,kita ada kakitangan baru di sini. Nama cik adik ni Ainaa Nawwara bt Hj. Kamarudin. Muda lagi. Baru lepas SPM. Dia akan kerja sementara di sini sementara mendapat awaran belajar. Dalam tempoh yang singkat ni, saya minta semua yang ada di sini bolehlah memberi sedikit tunjuk ajar pada Ainaa ni." kata Puan Mastura sambil menoleh ke arahku.
            " Dia ni pun ada cita-cita nak jadi cikgu jugak. So, kita tolong-tolonglah bagi ilmu yang kita ada ni pada dia. nanti tak adalah dia mati kekejungan kat sini sebab tak tahu nak buat apa." katanya lagi sambil ketawa kecil. Semua yang ada di dewan makan itu tersenyum dan ada yang ketawa mendengar petah bicara pengetua tadika Sehati Sejiwa.
            " Baiklah. Mari saya perkenalkan semua kakitangan yang ada di sini. Di kanan saya ni, Cikgu Hajar,selaku pembantu saya di sini. Cikgu Maimon,Cikgu Dayang...." kata Puan Mastura sambil menunjukkan ke arah insan di sebelah kanannya itu.
            "Sebelah kiri ni pula Cikgu Jamal, Cikgu Badariah, Cikgu Zamani dan Cikgu Aminin," tokoknya lagi memperkenalkan kakitangan yang berada di sebelah kirinya pula. Dengan rasa rendah diri,aku tunduk sedikit tanda hormat kepada mereka yang jauh lebih tua di sini. Cuma adalah beberapa orang yang masih muda dan bujang trang tang tang. Hehehe.
            " Hai semua. Selamat berkenalan. Sila beri tunjuk ajar kepada saya di sini. Budak baru nak belajar ni," kataku sambil tersenyum nipis.
            " Tak ada masalah. Kami akan beri tunjuk ajar pada Ainaa. Kami faham. Tapi, setahu saya awak selalu mengajara dik awak yang masih bersekolah tukan. So, awak mesti ada pengalaman walaupun tak berapa master sangatkan. Jangan khuatir pasal tu, ye. Kami semua sedia membantu jikalau ada yang Ainaa tak memahami semasa ingin memulakan pengajaran dalam kelas." kata Cikgu Hajar pula.
            Senyuman sentiasa terukir di bibirku. Itulah dia, insan yang bernama Ainaa Nawwara. Tak lekang senyuman di bibirnya itu. Senyum tu da jadi habitnya.
            " Terima kasih." kataku sambil memandang segenap insan-insan di hadapannya itu.
            "Ok. Mari semua. Kita menjamu selera. Sekejap lagi da nak mula sesi mengajar pula. Nanti tak sempat pula."kata Puan Mastura.
            Masing-masing menjamu selera dengan penuh beradat. Selepas doa di bacakan oleh Cikgu Aminin, makanan di hadapan masing-masing di jamu dengan berselera.

2 comments:

NumoSyaiza said...

bca citer ni tringt plk time kijer kat tadika dl..sweet! =D

wARa aINAa said...

hehehe.. ye ke... thanks..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...