sehati sejiwa

Wednesday 7 March 2012

Hanya kerana 'naWWara' Bab 2


Bab 2


Hari pertama mengajar amatlah meletihkan aku. Hyperactive sungguh kelas yang aku ajar tu. Haish! Tapi comel. Suka tengok diorang time belajar. Muka innocent semuanya. Aku ditugaskan untuk mengajar kanak-kanak di sini melukis dan mewarna. Almaklumlah, akukan suka benda-benda macam tu. So, Puan Mastura bagilah chance kat aku untuk tunjuk and asah bakat dekat diorang semua ni. Alhamdulilah. First time mengajar,semuanya ikot arahan. Puan Mastura pun tersenyum memanjang je tengok aku handle pelajar-pelajar dia. Lagi satu rahsia aku, aku memang suka budak-budak. Budak-budak pulak senang rapat dengan aku. Thats why la aku senang je nak jinak-jinakkan diorang ni. Hehehe. Bangga semangkuk!
             "Ainaa," aku berpaling ke arah suara yang memanggil. Wajah Kak Dayang menjadi tatapanku.
            " Ye, kak. Ada apa-apa kerja ke yang nak saya tolong? Saya anytime je,kak. Saya ni pun tak ada kerja nak buat sekarang ni." Kataku sambil tersenyum ke arahnya.
            " Ish, kamu ni. Kerja je yang di minta. Tak penat ke seharian buat kerja. Tahulah awak tu muda lagi. Tak macam akak ni. Da tua. Akak panggil kamu ni saja je. Nak ajak berborak je. Tak ada kerjakan sekarang ni.Haa, jom teman akak g dewan makan. Kita borak-borak kat sana." kata kak Dayang sambil mengapai tanganku dan membawa ke pintu untuk menuju ke dewan makan.
            " Iyelah akak sayang. Adik kesayangan akak ni ikot je segala arahan."sambil tergelak kecil aku mengikut langkah kak Dayang menuju ke dewan makan.
            Sepanjang perjalanan, kak Dayang menceritakan serba sedikit mengenai tadika Sehati Sejiwa ni. Banyak jugakla informasi terkini yang aku dapat. Aku pun baru je tahu yang Puan Mastura tu adalah ibu tunggal. Selama ni tak ada pulak mak su inform aku pasal ni kalau bercerita. Mak su, Mak su. Pandai simpan rahsia kawan, ye.
            Kak Dayang cerita lagi, Puan Mastura ada 5 orang anak. Kelima-limanya lelaki. Tapi semuanya sibuk bekerja. Cuma anak yang keempat dan kelima sahaja yang masih duduk bersamanya. Dan anak kelimanya pula sering kali datang ke tadika untuk melihat keadaan di sini. Tapi kenapa pulak mamat tu sibuk-sibuk nak tengok eak? Kekonfiussan ni.
            "Erk, kak Dayang. Nak tanya sikit ni. Boleh tak?"
            " Tanya apa, Ainaa. Tanya jelah."
            " Erm, kenapa pulak anak Puan Mastura tu sibuk-sibuk nak tinjau-tinjau tadika ni, kak? Dia tak ada kirja meyh?"
            "Hahaha, Ainaa ni...Ada-ada je."
            "Haiyaa.. itu olang manyak free itu masa meyh sampaikan ada masa nak melencong ke sini," kataku dengan nada bergurau.
            " Ello, cik adik. sesedap rasa ABC je mengata orang macam tu. Dia yang tak ada kerja,cakap orang lain pulak eak. Bagus sangatlah tu. Baru hari pertama da tunjuk belang," bidas suatu suara dari arah belakang meja mereka berdua. Kak Dayang hanya tersenyum mendengar kata-kata tersebut. Dia sudah mengetahui akan kehadiran insan itu di situ.
            " Erk, kak. Ada suara langaulah kat sini. Akak dengar tak? Saya rasa macam nak libas-libas je."
            "Eh minah ni. Ada hati lagi tu nak libas orang. Harap badan je kecik. Kuat ke nak libas-libas ni,cik adik oii.." kata suara itu lagi. Tanpa sebarang balasan, aku terus bangkit dan menoleh kebelakangku.
            Panas betul hati! Da lah sesedap rasa je nak bidas aku macam tu. Dia belum kenal aku lagi. Aku ni da lah tak boleh orang bidas-bidas ni. Kang aku bidas, terus hilang kata-kata kang. Sabar jelah!
            Sebaik menoleh ke belakang, aku terus terpaku ke seraut wajah. Putih. Kacak. Alis mata yang menarik mampu membuatkan sesiapa yang memandang akan terus memandang ke arahnya. Bulu mata! Ya Allah.. Jelesnya aku. Lentiknya kalah bulu mata aku ni. Haish!
            "Erk, pinjam bulu mata jap,boleh?" kataku kepada lelaki yang kini berada di hadapanku.
            Eh, minah ni. Tadi sesedap dia mengutuk aku,sekarang nak pinjam bulu mata pulak. Apa jenis manusialah dia ni. Ada jugak manusia yang macam dia ni kat dunia ni. Aku ingatkan da tak ada da manusia yang pelik-pelik ni. Haish!
            "Cik adik nak buat apa dengan bulu mata saya ni? Cik adik tak ada bulu mata sendiri ke? Saya tengok lengkap je bulu mata awak tu kat mata."
            "Erm... xdelah. Jeles kejap je tadi. Sebab bulu mata tu lentik GILA!"
            "Apa?!"
            "Ops! sorry,sorry. Tak,bukan... Saya... Err... Eh, awak ke langau tadi tu.. ish..Kesiannya. Hensem-hensem jadi langau pulak. Tapi tak pelah, Nasiblah ada bulu mata yang lentik tu. Kuranglah nampak macam langau" kataku sambil berlalu ke arah kerusi yang ku duduki tadi.
            Belum sempat aku melangkah ke arah tersebut, tiba-tiba kakiku tersadung sesuatu. Lantas tubuh terasa melayang. Gedebuk! Aik, asal tak sakit rasa jatuh ni. Best je aku jatuh ni. Lantai empuk gler,beb ! Baguslah tadika ni. Buat lantai guna spn agaknya,sampai jatuh pun tak terasa sakit. Tapi asal tadi kuat pulak bunyinya. Erk! lain macam je ni.
            Lantas aku bangun dan memandang. Alamak!! Aku jatuh kat mamat nilah pulak. Apa malanglah hari aku hari ni eak. Aduyai! Bala. Bala.
            " Woii, perempuan. Da sedap landing kat aku, tak geti-geti nak tolong ke? Hampeh punya perempuanlah kau ni. Baru masuk da bagi aku anginlah minah ni."
            "Bukan tak nak tolonglah. Kain tak cukup panjang nak cover tangan ni. Sorry ye encik hensem. Lain kali saya buat baju labuh-labuh kat tangan ni, senang nak tolong cik hensem lagi kalau jatuh. Eah,eah,eah," kataku kepada lelaki di hadapannya sambil tersenyum.
            OMG! Asal senyuman dia ni manis dari madu ni. Cantik pulak aku tengok minah ni senyum. Arrgghh! Tak boleh. Dia da buat hari aku malang gler hari ni. Harap je muka cantik,tapi......... Haish!
            " Ada aku kesah? Baik kau tolong aku cepat sebelum aku panggil pengetua sini."ugut lelaki itu.
            "Ada aku heran. Kau tak kisah, aku lagilah tak heran. Panggillah. Dia yang pendatang haram kat sini. Cakap je lebih."
            "Apa kau kata tadi? Pendatang haram? Eh,kau tahu tak aku sape? Ish, minah ni. Buat aku hangin jelah."
            "Ainaa...." kak Dayang tiba-tiba mencelah.
            "Kenapa,kak?" kataku.
            "Err... sebenarnya,dia nilah anak Puan Mastura tu. Yang tadi akak bagitahu tu." kata kak Dayang dalam nada berbisik. Tidak mahu lelaki dihadapan mereka itu mendengarinya.
            "What??!!!"tanpa diduga, aku TERLONTARkan vokal terendamku ini. Terkejut beruk mak, nyah!
            "Apehal kau jerit-jerit,minah. Da tak ada kerja ke? Kau nak tolong aku tak nak sekarang? Aku betol-betol tak boleh nak bangun ni. Kau tu da lah berat. Sesedap ABC kau je kan landing kat aku tadi. Cepat, Tolong aku sekarang!" arah lelaki itu.
            Dengan penuh kekesalan dan malu,aku menolong memapah lelaki itu untuk bangun. Lengan dan bahu lelaki itu ku paut untuk memudahkannya bangun. Sasa jugak badan mamat ni. Haish, untung siapa jadi awek dia ni. da lah hensem,badan sasa pulak. OMG! Berat jugak mamat ni eak. Makan apalah dia ni sampai berat macam ni. Nasib badan aku la kena tolong angkat dia ni.
            "Weyh, asal berat sangat. Penat tau nak angkat. Naik lelah da ni. Ish! Bangun sendiri tak boleh ke?"gumamku geram.
            Mata saling memandang. Sambil tersenyum dia berkata, " Da nasib cik adik lah hari. Tu lah sape suruh sedap-sedap ABC je landing tadi. Kan da dapat balasannya balik. Cian cik adik." Gelak lelaki itu kedengaran selepas habis berkata-kata.
            "Huh! Hampeh je. Dah lah. Cepatlah. Orang penat tau. Da lah badan besar. Berat. Malanglah sape yang dapat dia ni. Kalau jatuh,susah nak angkat." kataku geram.
            "Eleh, tak apalah. tak ada orang yang angkat, nanti cik hensem ni panggillah cik adik. Boleh,kan. Cik adik je yang pernah angkat cik hensem ni tau. Jangan main-main. Boleh buat report tau,cik adik buat gangguan seksual pada saya cik hensem ni," katanya tak mahu mengalah.
            Dengan muka separa bengang,aku terus melepaskan pautan di lengan dan bahu lelaki itu.
            "What? Gangguan seksual? Gila punya mamat!"
            "Apa gila-gila. Dia yang gila,kata orang pulak."
            "Sudah-sudahlah tu,Ainaa,Acik. Tak baik gaduh-gaduh ni. Kalau mama tahu ni,acik juga yang kena membebel. Ainaa, dahlah. Tak comel muka tu kalau buat macam tu,kan acik. Cuba senyum..." kata Kak Dayang melenyapkan acara tikam lidah diantara kami berdua.
            "Apa kaitan dengan acik kalau dia tak comel pun. Bukan awek acik pun. Huh! minta selisihlah kalau nak buat minah ni jadi awek. Da lah suka panggil orang langau."kata anak Puan Mastura, acik, nama panggillannya.
            "Eleh, ingat nak sangatlah jadi awek dia tu. Mintak simpang 44 Malaikatlah. Dahlah berat. Mulut tak habis-habis nak bidas orang. jahit mulut tu baru tahu."
            "Eh, budak. Cakap tu baik sikit ea. Kang ada yang makan kasut saiz 10 ni kang."
            "Watever!" kataku sambil berlalu pergi.
            "Kak Dayang,sape minah tu. Budak baru tu ke? Asal kerek giler minah tu. Hangin orang tau."luahnya pada Dayang. Mana taknya,selama ni dia tak pernah kalah dengan mana-mana perempuan. Tapi kali ni dia kalah,hanya kerana seorang budak yang masih muda. Ish! Tak boleh jadi macam ni. Siaplah kau Cik adik yang aku tak ketahui nama lagi.
            "Alaa,acik ni. Selalunya tak adalah angin macam ni. Kenapa hari ni boleh hangin semacam ni. A'ah,dia budak baru lagi. Mama baru kenalkan pagi tadi. Acik jaga-jaga tau, dia tu lain dari yang lain. Tak semua jenis perempuan yang acik boleh buli tu. Kak Dayang ingatkan ni. Tapikan acik,dia tu cantikkan. Macam Yuna,kan. Akak suka tengok dia. Lagi-lagi waktu dia ajar budak-budak. Nampak comel sangat-sangat."kata kak Dayang sambil tersenyum memanjang.
            "Ish,Kak Dayang ni. Pape jelah,kak. Acik nak jumpa mama jap. Btw, nama minah kerek tu sape eak?"
            "Acik nak tahu, acik tanya sendiri la ea.. Kak Dayang tak nak bagitahu." terdengar gelak halus di akhir bicaranya itu. Dayang suka melihat lelaki di hadapannya di kala itu.
            "Alaa,Acik, kalau suka cakap suka. tak payah nak marah-marah macam tu sekali.Kan acik kan."
            "Tak ada maknanya,kak Dayang oii... Selisih bebenor,kak. Dalah, acik nak jumpa mama. Jumpa lagi,kak." kata acik sambil berlalu ke pejabat.
            Dayang hanya memandang langkah lelaki itu dengan senyum di bibir. Di hatinya seakan tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Dalam pada masa yang sama, dia berharap pisang tak akan berbuah dua kalinya bagi lelaki itu.

2 comments:

Eliza Ab said...

alahai.. comey aje bdk berdua tu.. err, dik.. apa nama hero tu.. huhu

wARa aINAa said...

hehehe.. comelkan...:) nama heronya Muhammad Alfa Ariff...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...